Wednesday, April 4, 2012

hakikat..

tak tahu nak bagi reaksi apa kat orang bila ada yang kata
'hidup aku mudah sebab semua mak abah yang tanggung'
tak dinafikan memang aku bersyukur sebab hidup dalam keluarga yang senang
tapi itu tidak bermakna semua yang aku dapat adalah hasil dari pemberian mereka..
sila notis:
maksud senang dan kaya adalah sangat berbeza ya!

secara jujur aku mengaku mak abah tak pernah bank in duit tiap-tiap bulan dalam akaun aku, seperti apa yang korang selalu fikirkan
kalau aku nak duit aku kena minta
mak abah akan bagi secara tunai mengikut amount yang aku nak
secara logiknya takkan lah aku nak minta cash sampai beribu-ribu
dan aku sebagai perempuan dewasa yang punya juga sifat malu walau sedikit
tak akan la aku nak minta duit hari-hari
lagipun aku bukannya tinggal sebumbung dengan mereka
yang boleh minta sesuka hati bila aku mahu
adakala sampai 2 minggu aku tak jumpa mak abah
kesibukkan mereka menjadi faktor utama dalam masalah aku

aku juga mengaku dalam akaun bank aku hanya ada seberapa sen je
kalau korang ingat saving aku sampai berpuluh-puluh ribu sampai boleh buat bekalan hingga akhir hayat..
hentikan sahaja!
nak tinggalkan seribu pun susah
silap-silap dalam akaun korang lagi banyak duit dari akaun aku yang kononnya anak dato ni
ini bukan omongan kosong ini adalah realiti
yang memang kadang kala aku sendiri berasa malu nak mengaku dengan kawan-kawan
ada ketika aku rasa macam nak menjerit bila ada yang kata aku POYO bila aku cakap aku tak ada duit!
"menipulah ko nad, tak payah nak poyo sangat"
ya Allah ya tuhanku itulah realiti kehidupan aku sebenarnya
betapa pedih hati aku bila ada yang anggap aku banyak duit tapi hakikatnya aku tidak!

kawan-kawan sila faham ya:

1. abah yang bekerja
2. abah yang ada gelaran dato
3. itu semua duit abah

bukan aku!

itu belum lagi ada yang selalu fikir hidup aku senang kerana dengan pertolongan abah
ya aku mengaku aku bukan anak yang pandai, bukan pelajar yang cemerlang, bukan kawan yang hebat
tetapi aku percaya dalam setiap kekurangan aku pasti ada kelebihan yang Allah kurniakan..

untuk makluman semua aku belajar di UM adalah kerana usaha aku sendiri
aku memohon untuk belajar di UM sama prosesnya dengan kamu semua
tak ada cable. tak ada abah yang tolong
even abah pun tak tahu aku masuk UM sebab sepatutnya aku belajar di ASK
aku terpaksa keluar & berhenti dari ASK kerana sebab-sebab tertentu
dan untuk mengaburi mereka aku terpaksa mencari alternatif lain supaya tidak terkantoi
hanya selepas dua semester di UM
selepas aku menerima keputusan yang agak baik
pada ketika itulah baru aku berani untuk berterus terang dengan mak abah

sama juga halnya ketika aku mohon untuk belajar di PERTH
dari peperiksaan IELTS, medical check-up sehinggalah ke VISA
segala urusan aku uruskan sendiri
tiada pertolongan dari sesiapa
mak abah hanya mengetahui yang aku akan ke AUSTRALIA selepas aku menerima surat tawaran dari UNIVERSITI

sudah tentu aku mendapat tentangan hebat dari keluarga
tapi aku tetap nak pergi juga
itu memang perangai aku
DEGIL!
kalau apa yang aku nak
tak akan ada siapa yang boleh halang
walaupun dari mak abah!

soalan kenapa aku selalu melancong?
oh aku tidak pernah berasa aku melancong
aku lebih ke arah mengembara untuk meluaskan pengetahuan
untuk belajar budaya orang lain
yang mana aku percaya sebanyak manapun buku yang engkau baca
pengalaman hidup tak akan pernah sama dengan apa yang tertulis diatas kertas
aku belajar dari pengalaman
aku bercakap berdasarkan pengalaman
ilmu yang aku dapat semuanya dari pengalaman
jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengetahuan

iya mungkin pendapat kita berbeza
tetapi aku percaya setiap manusia punya pemikiran tersendiri!

kau kumpul duit separuh mati untuk berkahwin
aku kumpul duit separuh mati untuk berjalan
seribu kau kumpul tiap-tiap bulan untuk majlis perkahwinan
seribu juga yang aku kumpul tiap-tiap bulan untuk membeli tiket kapal terbang dan sebagai bekalan aku semasa di negara orang nanti
aku tiada duit simpanan lain hanya semata-mata untuk membuat majlis perkahwinan
jadi kerana itu aku terpaksa berkorban untuk melupakan perkahwinan buat seketika
sedangkan dalam masa yang sama kawan-kawan lain berlumba-lumba untuk berkahwin!

mana aku dapat duit untuk berjalan?
aku kerja, kerja & kerja!
aku bekerja sebagai tutor
mengajar anak-anak kecil di tadika
mengajar tuisyen dirumah orang
dengan hasil pendapatan itulah alhamdulillah aku dapat memenuhi kehendak aku

jujur aku tak pernah membeli sebarang pakej perlancongan
bagi aku itu semua pembaziran
aku ke matta fair tiap-tiap tahun
tiap kali itu jugalah aku pulang dengan tangan kosong
travel agent ambil untung berlipat kali ganda
tak salahkan mereka tetapi sudah tentu ada cara lain untuk aku mengembara
salah satunya adalah dengan membuat jadual perjalanan sendiri
apa nak susah.. google search kan ada
type & click! dah bersepah-sepah segala informasi yang diperlukan
beli tiket kapal terbang semasa ZERO fare adalah sangat penting
dan yang paling wajib tinggal di rumah tumpangan atau backpacker hostel yang bilik airnya diluar
bukan di bangunan hotel!
sila makan makanan yang murah atau hanya sekadar untuk mengalas perut
kalau setakat pergi berjalan tak sampai seminggu
tak perlulah kalut sangat memikirkan tentang makanan halal
tak makan nasi, ayam, daging seminggu tak akan mati punya
biskut & roti kan banyak
telan yang itu dulu
kalau rajin beli serunding atau goreng ikan bilis dengan cili padi sampai kering
insyaAllah boleh tahan sampai sebulan
jangan sesekali memilih!
ingat semasa di luar negara tujuannya adalah untuk mengutip pengalaman & pengetahuan sebanyak mungkin
lupakan penat, kereta, shopping seketika
dengan tips yang aku bagi ni
bawa duit seribu RM untuk tinggal di Jepun negara yang paling mahal selama seminggu alhamdulillah tak ada masalah
sebab aku dah pernah buat & aku jamin 100% cukup!

nak jimat lagi? sila daftar sebagai ahli couchsurfing
anda boleh tinggal dirumah stranger secara percuma
bergaul dengan local people supaya anda belajar budaya yang sebenar
itulah yang selalu aku lakukan bila berada di luar negara
yang penting yakin, berani, tawakal dan berserah supaya orang yang kita mohon untuk tumpang tidur di rumah dia itu adalah orang baik-baik dan tidak bermasalah
jangan takut sebab reference yang diberikan selalunya tepat & betul..

bila nak kahwin?
siapa yang taknak kahwin..
siapa yang taknak punya suami yang kau boleh perlu peluk cium secara halal
tapi seperti yang aku katakan tadi..
aku tiada wang untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini
kehidupan aku lebih ke arah mencari wang untuk ke luar negara
aku lebih rela wang yang aku kumpul beribu ringgit itu dihabiskan dengan mengembara
kenduri kahwin itu biarlah ia terjadi dalam suasana yang sangat sederhana
memang impian aku hanya untuk menjemput tetamu seramai 100 orang sahaja
aku dan pasangan sudah tentu perlu membahagikan duit kami untuk bermacam-macam perkara
untuk pengetahuan semua mak abah hanya akan mengeluarkan duit untuk makanan tetamu sahaja
pelamin, mekap, door gift, hantaran & segala macam lagi, haruslah aku/pasangan yang perlu bayar sendiri..
mak abah memang banyak mengajar kami adik beradik supaya berdikari
supaya kami tahu erti kehidupan & bagaimana susahnya untuk mencari duit
selain dari itu ia juga untuk mengajar kami semua supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..

kesimpulannya kalau korang rasa hidup aku selama ini semuanya mak abah yang tanggung
memang satu kesilapan besar!
kalau ya dari dulu dah aku kahwin free
kalau ya dari dulu dah aku holiday macam paris hilton
tak payah la aku berpeluh-peluh jalan kaki naik bas kejar train semata-mata untuk berjimat
sampai di airport ada orang pegang nama dekat arrival hall kan indah?!

aku tidak sebodoh itu untuk berpura-pura hidup dalam kesusahan
yang mana realitinya aku memang tidak seberapa mewahpun..




ps, kalau korang kenal adik beradik aku
semuanya hidup sederhana
tak ada yang pakai sportcar, tak ada yang hidup bermewah pun..
iphone pun dapat sebab menang hasil cabutan bertuah..
habis macam mana?!