Monday, July 23, 2012

Did i marry to the right person?

a woman asked a common question
'how do I know if I married the right person?'

here's the answer
EVERY relationship has a cycle
in the beginning, you fell in love with your spouse/partner
you anticipated their call, wanted their touch
and liked their idiosyncrasies (unconventional behavior/habit)

falling in love with your spouse wasn't hard

in fact, it was a completely natural and spontaneous experience 
you didn't have to DO anything 
that's why it's called 'falling' in love... 
because it's happening TO YOU

people in love sometimes say, 'i was swept off my feet' 

think about the imagery of that expression
it implies that you were just standing there; 
doing nothing, and then something came along and happened
TO YOU

falling in love is easy 

it's a passive and spontaneous experience
but after a few years of marriage, the euphoria (excitement) of love fades
it's the natural cycle of EVERY relationship
slowly but surely, phone calls become a bother (if they come at all), 
touch is not always welcome (when it happens), 
and your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts

the symptoms of this stage vary with every relationship 

but if you think about your marriage 
you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love 
and a much duller or even angry subsequent stage

at this point, you and/or your spouse might start asking, 

'did I marry the right person?' 
and as you and your spouse reflect on the euphoria of the love you once had 
you may begin to desire that experience with someone else
this is when marriages breakdown
people blame their spouse for their unhappiness 
and look outside their marriage for fulfillment

extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes 

infidelity is the most obvious
but sometimes people turn to work, a hobby, a friendship, excessive TV, 
or abusive substances

but the answer to this dilemma does NOT lie outside your marriage

it lies within it
i'm not saying that you couldn't fall in love with someone else
you could

and TEMPORARILY you'd feel better

but you'd be in the same situation a few years later
because (listen carefully to this):

THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; 

IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND

SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience

it'll NEVER just happen to you
you can't 'find' LASTING love 
you have to 'make' it day in and day out 
that's why we have the expression 'the labor of love'
because it takes time, effort, and energy
and most importantly, it takes WISDOM
you have to know WHAT TO DO to make your marriage work

love in marriage is indeed a 'decision'

not just a feeling.
remember always this:

'god determines who walks into your life

it is up to you to decide who you let to walk away,
who you let to stay, and who you refuse to let go'



ps, those who are still single may learn something from here..
those who are already married may take it as a guideline to improve your marriage & relationship 

Saturday, July 21, 2012

Tiket Universal Studio Singapore Murah!

wawawawa
baru saja menulis pasal aku tak beli tiket flight ke mana-mana selama cuti 2 bulan ni
sekali selasa lepas sudah terbang ke Singapore
Singapore je pun tak jauh mana
itu pun last minute planning sebab mak yang ajak
nak bercuti-cuti sebelum puasa katanya
dah alang-alang ke Singapore tu aku pun bawa la anak abang aku sekali
Syafiq & Syarin yang teringin sangat nak ke USS
bila check ticket online sekarang tengah peak season
harga tiket untuk dewasa $74 & $54 untuk kanak-kanak
mahal gila plus dah la currency 2.5!

bila google punya google sekali terbaca satu blog kakak ni
ada cerita macam mana nak dapatkan tiket USS murah
aku pun apa lagi terus la terjah untuk dapatkan info secepat mungkin
bila sudah darab bahagi
memang terbukti murah, tiket sah & bukan tipu
terus aku text kakak tu pukul 1 pagi cakap nak beli tiket
dalam masa 12 jam kakak tu email aku pdf untuk di'print'kan
so bila kat USS tu just bawa kertas A4 yang sudah siap diprint sahaja
nanti staff USS akan scan barcode dekat entrance & boleh terus masuk
tak perlu nak beratur beli tiket atau kena verified kat kaunter
yang paling penting bayar pada kakak tu dalam RINGGIT MALAYSIA
bukan Singapore Dollar..

untuk maklumat lanjut sila klik link tersebut
:)

cerita lain?

hari ini sudah masuk 1 ramadhan
cepatkan masa berlalu
rasanya macam baru semalam sambut tahun baru
tuptup 
tinggal kurang 6 bulan lagi sebelum 2013 menjelma
apa-apa pun saya ingin memohon maaf kepada semua
tak kiralah secara sengaja ataupun tidak sengaja
mungkin kadang-kadang saya tak perasan 
yang kata-kata saya boleh menguris perasaan seseorang
kalau ada yang terasa hati dengan saya
sila beritahu
insyaAllah saya boleh duduk berbincang dengan anda..

doa saya,
semoga ramadhan kali ini kita mendapat hidayah & keberkatan dari-Nya
amin..


ps, masih menjual tiramisu
sila order!

Friday, July 13, 2012

perkara

selamat bercuti!
2 bulan bakal berada di rumah tak buat apa-apa
cuti kali ni tiada perancangan untuk mengembara langsung
aku pun tak pasti kenapa aku tak booking mana-mana destinasi untuk terbang
mungkin sebab nak puasa & raya kot
atau mungkin sepatutnya aku perlu melakukan pemerhatian ke atas mana-mana syarikat 
tapi sampai sekarang aku belum mohon lagi
malas yang amat walaupun tugas yang perlu dilaksanakan itu diwajibkan selama 2 minggu sahaja!
jadi kepada stalker yang nak saya siasat tentang perjalanan office anda
sila maklum ;)

ermmm..
duduk kat rumah lama-lama tanpa membuat apa-apa
mulalah emosi asyik nak terganggu je
payah betul menjadi orang yang pura-pura kuat dihadapan masyarakat tetapi sebenarnya adalah manusia paling sensitif di dunia!
tidak kira la dengan siapa-siapa pun
dengan mak ke abah ke adik-beradik ke boipren ke kawan-kawan ke
aku memang cepat merasa tersinggung dengan kata-kata atau perbuatan mereka
lagi-lagilah dengan orang yang aku sayang..
tetapi yang selalu aku lakukan ialah dengan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku
aku memang tidak suka menunjukkan perasaan aku dihadapan orang.
biarlah orang nak kata aku ego ke, poyo ke, bajet bagus ke
tapi yang penting aku berjaya membawa hati aku jauh.. 
jauh sehingga perasaan itu lenyap dan akan datang kembali
bukan apa, aku tidak suka mengadu atau mempamerkan kelemahan aku dihadapan orang
kadang-kadang bila kita cerita & minta pendapat orang
apa yang kita beritahu itu boleh membawa maksud lain pada pemikiran orang..
dah tak pasal-pasal orang ingat kita macam itu,
orang ingat kita macam ni
padahal masa kita bercerita & mengadu tu 
cuma nak menzahirkan perasaan kita pada ketika itu sahaja
tapi kalau sudah diceritakan pada orang..
tak mustahil cerita itu boleh berpanjangan dan sedikit sebanyak akan effect pada kehidupan kita semula..
itulah perkara yang paling aku elak sebenarnya!

biarlah aku terkenal dengan orang ingat aku sentiasa happy
ingat aku sentiasa senang
ingat aku sentiasa tiada masalah
ingat aku sentiasa bermulut celupar 
ingat aku sentiasa yang mencetuskan perbalahan..

memang kadang-kala kita tak dapat nak memuaskan hati semua pihak
bukan semua perkara dapat perlu kita jelaskan
biarlah sampai masa takdir yang menceritakan segalanya..

maafkan, jika aku tidak pandai mengambil hati
maafkan, jika aku tidak pandai berpura-pura
maafkan, jika aku tidak pandai membohongi
maafkan, jika aku tidak pandai berlagak sweet

kerana apa yang terzahir dari bibirku itu adalah kata-kata paling ikhlas yang dapat aku sampaikan jika kau merasakan aku sebagai sahabat..



ps, lebih senang melihat kebahagian orang lain atas apa yang kita
lakukan, amin..

Monday, May 21, 2012

dia

bukan semua yang kita nak kita dapat
bukan semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan
itu yang dapat aku simpulkan dari perhubungan aku..

1 september 2012 insyaAllah genap 2 tahun kami bersama
itupun kalau diizinkan tuhan..


ps, masih belajar

Wednesday, April 4, 2012

hakikat..

tak tahu nak bagi reaksi apa kat orang bila ada yang kata
'hidup aku mudah sebab semua mak abah yang tanggung'
tak dinafikan memang aku bersyukur sebab hidup dalam keluarga yang senang
tapi itu tidak bermakna semua yang aku dapat adalah hasil dari pemberian mereka..
sila notis:
maksud senang dan kaya adalah sangat berbeza ya!

secara jujur aku mengaku mak abah tak pernah bank in duit tiap-tiap bulan dalam akaun aku, seperti apa yang korang selalu fikirkan
kalau aku nak duit aku kena minta
mak abah akan bagi secara tunai mengikut amount yang aku nak
secara logiknya takkan lah aku nak minta cash sampai beribu-ribu
dan aku sebagai perempuan dewasa yang punya juga sifat malu walau sedikit
tak akan la aku nak minta duit hari-hari
lagipun aku bukannya tinggal sebumbung dengan mereka
yang boleh minta sesuka hati bila aku mahu
adakala sampai 2 minggu aku tak jumpa mak abah
kesibukkan mereka menjadi faktor utama dalam masalah aku

aku juga mengaku dalam akaun bank aku hanya ada seberapa sen je
kalau korang ingat saving aku sampai berpuluh-puluh ribu sampai boleh buat bekalan hingga akhir hayat..
hentikan sahaja!
nak tinggalkan seribu pun susah
silap-silap dalam akaun korang lagi banyak duit dari akaun aku yang kononnya anak dato ni
ini bukan omongan kosong ini adalah realiti
yang memang kadang kala aku sendiri berasa malu nak mengaku dengan kawan-kawan
ada ketika aku rasa macam nak menjerit bila ada yang kata aku POYO bila aku cakap aku tak ada duit!
"menipulah ko nad, tak payah nak poyo sangat"
ya Allah ya tuhanku itulah realiti kehidupan aku sebenarnya
betapa pedih hati aku bila ada yang anggap aku banyak duit tapi hakikatnya aku tidak!

kawan-kawan sila faham ya:

1. abah yang bekerja
2. abah yang ada gelaran dato
3. itu semua duit abah

bukan aku!

itu belum lagi ada yang selalu fikir hidup aku senang kerana dengan pertolongan abah
ya aku mengaku aku bukan anak yang pandai, bukan pelajar yang cemerlang, bukan kawan yang hebat
tetapi aku percaya dalam setiap kekurangan aku pasti ada kelebihan yang Allah kurniakan..

untuk makluman semua aku belajar di UM adalah kerana usaha aku sendiri
aku memohon untuk belajar di UM sama prosesnya dengan kamu semua
tak ada cable. tak ada abah yang tolong
even abah pun tak tahu aku masuk UM sebab sepatutnya aku belajar di ASK
aku terpaksa keluar & berhenti dari ASK kerana sebab-sebab tertentu
dan untuk mengaburi mereka aku terpaksa mencari alternatif lain supaya tidak terkantoi
hanya selepas dua semester di UM
selepas aku menerima keputusan yang agak baik
pada ketika itulah baru aku berani untuk berterus terang dengan mak abah

sama juga halnya ketika aku mohon untuk belajar di PERTH
dari peperiksaan IELTS, medical check-up sehinggalah ke VISA
segala urusan aku uruskan sendiri
tiada pertolongan dari sesiapa
mak abah hanya mengetahui yang aku akan ke AUSTRALIA selepas aku menerima surat tawaran dari UNIVERSITI

sudah tentu aku mendapat tentangan hebat dari keluarga
tapi aku tetap nak pergi juga
itu memang perangai aku
DEGIL!
kalau apa yang aku nak
tak akan ada siapa yang boleh halang
walaupun dari mak abah!

soalan kenapa aku selalu melancong?
oh aku tidak pernah berasa aku melancong
aku lebih ke arah mengembara untuk meluaskan pengetahuan
untuk belajar budaya orang lain
yang mana aku percaya sebanyak manapun buku yang engkau baca
pengalaman hidup tak akan pernah sama dengan apa yang tertulis diatas kertas
aku belajar dari pengalaman
aku bercakap berdasarkan pengalaman
ilmu yang aku dapat semuanya dari pengalaman
jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengetahuan

iya mungkin pendapat kita berbeza
tetapi aku percaya setiap manusia punya pemikiran tersendiri!

kau kumpul duit separuh mati untuk berkahwin
aku kumpul duit separuh mati untuk berjalan
seribu kau kumpul tiap-tiap bulan untuk majlis perkahwinan
seribu juga yang aku kumpul tiap-tiap bulan untuk membeli tiket kapal terbang dan sebagai bekalan aku semasa di negara orang nanti
aku tiada duit simpanan lain hanya semata-mata untuk membuat majlis perkahwinan
jadi kerana itu aku terpaksa berkorban untuk melupakan perkahwinan buat seketika
sedangkan dalam masa yang sama kawan-kawan lain berlumba-lumba untuk berkahwin!

mana aku dapat duit untuk berjalan?
aku kerja, kerja & kerja!
aku bekerja sebagai tutor
mengajar anak-anak kecil di tadika
mengajar tuisyen dirumah orang
dengan hasil pendapatan itulah alhamdulillah aku dapat memenuhi kehendak aku

jujur aku tak pernah membeli sebarang pakej perlancongan
bagi aku itu semua pembaziran
aku ke matta fair tiap-tiap tahun
tiap kali itu jugalah aku pulang dengan tangan kosong
travel agent ambil untung berlipat kali ganda
tak salahkan mereka tetapi sudah tentu ada cara lain untuk aku mengembara
salah satunya adalah dengan membuat jadual perjalanan sendiri
apa nak susah.. google search kan ada
type & click! dah bersepah-sepah segala informasi yang diperlukan
beli tiket kapal terbang semasa ZERO fare adalah sangat penting
dan yang paling wajib tinggal di rumah tumpangan atau backpacker hostel yang bilik airnya diluar
bukan di bangunan hotel!
sila makan makanan yang murah atau hanya sekadar untuk mengalas perut
kalau setakat pergi berjalan tak sampai seminggu
tak perlulah kalut sangat memikirkan tentang makanan halal
tak makan nasi, ayam, daging seminggu tak akan mati punya
biskut & roti kan banyak
telan yang itu dulu
kalau rajin beli serunding atau goreng ikan bilis dengan cili padi sampai kering
insyaAllah boleh tahan sampai sebulan
jangan sesekali memilih!
ingat semasa di luar negara tujuannya adalah untuk mengutip pengalaman & pengetahuan sebanyak mungkin
lupakan penat, kereta, shopping seketika
dengan tips yang aku bagi ni
bawa duit seribu RM untuk tinggal di Jepun negara yang paling mahal selama seminggu alhamdulillah tak ada masalah
sebab aku dah pernah buat & aku jamin 100% cukup!

nak jimat lagi? sila daftar sebagai ahli couchsurfing
anda boleh tinggal dirumah stranger secara percuma
bergaul dengan local people supaya anda belajar budaya yang sebenar
itulah yang selalu aku lakukan bila berada di luar negara
yang penting yakin, berani, tawakal dan berserah supaya orang yang kita mohon untuk tumpang tidur di rumah dia itu adalah orang baik-baik dan tidak bermasalah
jangan takut sebab reference yang diberikan selalunya tepat & betul..

bila nak kahwin?
siapa yang taknak kahwin..
siapa yang taknak punya suami yang kau boleh perlu peluk cium secara halal
tapi seperti yang aku katakan tadi..
aku tiada wang untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini
kehidupan aku lebih ke arah mencari wang untuk ke luar negara
aku lebih rela wang yang aku kumpul beribu ringgit itu dihabiskan dengan mengembara
kenduri kahwin itu biarlah ia terjadi dalam suasana yang sangat sederhana
memang impian aku hanya untuk menjemput tetamu seramai 100 orang sahaja
aku dan pasangan sudah tentu perlu membahagikan duit kami untuk bermacam-macam perkara
untuk pengetahuan semua mak abah hanya akan mengeluarkan duit untuk makanan tetamu sahaja
pelamin, mekap, door gift, hantaran & segala macam lagi, haruslah aku/pasangan yang perlu bayar sendiri..
mak abah memang banyak mengajar kami adik beradik supaya berdikari
supaya kami tahu erti kehidupan & bagaimana susahnya untuk mencari duit
selain dari itu ia juga untuk mengajar kami semua supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..

kesimpulannya kalau korang rasa hidup aku selama ini semuanya mak abah yang tanggung
memang satu kesilapan besar!
kalau ya dari dulu dah aku kahwin free
kalau ya dari dulu dah aku holiday macam paris hilton
tak payah la aku berpeluh-peluh jalan kaki naik bas kejar train semata-mata untuk berjimat
sampai di airport ada orang pegang nama dekat arrival hall kan indah?!

aku tidak sebodoh itu untuk berpura-pura hidup dalam kesusahan
yang mana realitinya aku memang tidak seberapa mewahpun..




ps, kalau korang kenal adik beradik aku
semuanya hidup sederhana
tak ada yang pakai sportcar, tak ada yang hidup bermewah pun..
iphone pun dapat sebab menang hasil cabutan bertuah..
habis macam mana?!

Wednesday, March 7, 2012

belum puas..

2007:
Kuching (Sarawak)
bercuti berdua dengan Fairuz Izyana
:)

2008:
Rome, Pisa, Florence, Venice (Italy)
Paris (France)
Bristol, Manchester, London (UK)
Amsterdam (Holland)
Frankfurt, Berlin (Germany)
Madrid, Barcelona (Spain)
Hong Kong
Macau
Jakarta, Bandung (Indonesia)
Phuket (Thailand)
Singapore

2009:
Jakarta, Bandung (Indonesia)
Perth, Hyden, Kalgoorlie, Mandurah, Margaret River, Dunsborough, Albany Bunbury, Busselton (Western Australia)

2010:
Bali (Indonesia)
Rottnest Island, Pinnacle, Lancelin, Augusta,Margaret River, Dunsborough, Denmark, Albany, Bunbury, Busselton,
Esperance (Western Australia)
Surabaya, Malang, Solo, Jogjakarta, Bandung (Java Indonesia)
Tianjin, Beijing (China)
Perth (Western Australia)
Seoul, Nami Island (South Korea)
Jakarta, Bandung (Indonesia)
Singapore

2011:
Bali (Indonesia)
Medan, Pekan Baru, Tanah Tinggi, Padang (Sumatera Indonesia)
Gold Coast, Brisbane, Newcastle, Blue Mountain, Sydney, Melbourne,
Mt Buller (Australia)
Bali (Indonesia)
Mabul, Sipadan (Sabah)
Osaka, Nara, Kobe, Kyoto (Japan)

2012:
Phnom Penh (Cambodia)
Krabi (Thailand)

InsyaAllah coming soon:
New Zealand
Phuket (Thailand)
Hanoi (Vietnam)
Shanghai, Beijing (China)

Kebanyakkan pulau-pulau di Semenanjung Malaysia semua dah pernah jejak
Diantaranya: Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Langkawi & juga Pulau Pinang :P

Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Labuan, Sabah & Sarawak juga sudah pernah sampai..

Cuma dekat bandar Perlis sahaja belum pernah bersiar-siar lagi. Pergi ke Langkawi melalui Kuala Perlis adalah :(
bilalah nak sampai ye..

Sebenarnya tak adalah banyak mana pun melancong
kalau nak dibandingkan dengan orang lain
tetapi aku tetap bersyukur sangat sebab dapat berjalan-jalan
semua rezeki ni Allah s.w.t yang bagi
Alhamdulillah..


ps, catatan ini bermula dari tahun 2007 kerana pergi bercuti sendiri
ataupun bersama teman-teman
maknanya tanpa keluarga..
yang mak abah bawa tu tak usah cerita la ;)

Thursday, January 5, 2012

Jepun & Tahun Baru!

lamanya tak ber'blog!
bukan tak ada masa
tapi lebih ke arah malas sebenarnya
lagipun bila dah tua-tua ni macam malu pula nak bercerita
kalau dulu semua benda nak bagitahu
sampaikan perkara yang tak patut pun jadi patut
inilah namanya manusia berubah
sejajar dengan peningkatan umur kita
ceewah!
walau apa pun
saya ingin mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2012!

baru ada masa nak online sebab baru sampai dari Osaka subuh tadi
sepanjang disana
ketiadaan internet sangat menyusahkan saya untuk berkomunikasi terutamanya di
facebook

nak tahu tips di Osaka, Nara, Kobe & Kyoto?
jangan segan silu email saya di

nnadiams@yahoo.com

tetapi terlebih dahulu sila pastikan anda ada sekurang-kurangnya RM7ribu dalam personal bank account anda sebelum membeli tiket tambang murah ke mana-mana destinasi Jepun ye
kalau tidak jangan harap boleh apply visa!




ps, negara Jepun negara yang paling mahal saya pergi setakat ini
terima kasih.