Friday, February 11, 2011

apa mahunya?

3 kali putus dalam masa sebulan
gila hebat!



ps, berdoa jela nadia..

Tuesday, February 8, 2011

apa yang susah?!

kalau kita beriya dia tak layan
kalau kita jual mahal dia tak endah
maknanya dia dah taknak kitalah tu

jadi tak perlu buang masa nak menyemak otak fikir pasal dia
angkat kaki berambus pergi cari orang lain
lelaki bukan seorang kat dunia ni
jangan jadi bodoh sebab dia



ps, peringatan untuk kenalan

Thursday, February 3, 2011

hikmah

berlaku keliru tersendu
yang datang dan pergi kembali
ke mana arah dituju
semua tersimpan dihati


ps, disini

Wednesday, February 2, 2011

semalam

1 februari 2011
sepatutnya
genap 5 bulan kami bersama

tapi Allah yang menentukannya jua

&

surprisingly
dia berani cari hubungi aku

sekarang kami sudah berbaik
hanya sebagai teman
aku tidak mahu lagi tergopoh-gapah dalam perhubungan
biarlah takdir yang menentukan..



ps, mari mengorat saya!
^_^

Tuesday, February 1, 2011

naik hantu

tadi ma pesan lagi
jangan pandai-pandai telefon sms dia
ingat tu!

aku berjanji dengan ma tak akan berhubung dengan dia lagi
aku nekad

dan aku pasti dia pun tak berani cari aku lagi

sebabnya?

sebelum putus aku bergaduh macam orang gila dengan dia

ok jujurnya ini bukan kali pertama kami bergaduh teruk
sebelum ni pun aku pernah mengamuk sebenarnya
siap depan rumah mak bapak adik kakak anak sedara dia nampak lagi
kan aku dah kata aku memang gila
jadi jangan cari pasal dengan aku
aku akui aku memang perempuan gila
sebab aku tak suka ditipu ditindas dipermain-mainkan
lebih-lebih lagi dari orang yang aku sayang

ok berbalik kepada cerita tadi
antaranya dia tak akan cari aku lagi kerana

aku dah minta putus
biasalah bila bergaduh mestilah nak putuskan
walaupun hati tak mahu tapi mulut menjerit-jerit berkata nak
dan
aku juga cakap dengan dia lepas ni aku taknak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia
pergi mampos dia nak buat apa dengan hidup dia
sebab aku dah putus asa
dah tak larat nak kisah nak risau pasal dia
tapi dia sikit pun tak rasa bersalah tak rasa apa-apa
dan yang lagi penting
dia bersetuju bersumpah dia takkan cari aku juga
takkan kacau aku sampai bila-bila lagi

itu janji kami!

yang lain-lain nak tahu kenapa aku cakap dia takkan berani cari?

pertama:
dia takut dengan aku sebab masa bergaduh tu aku cekik & lempang dia bertalu-talu dalam kereta
(apa yang buat aku kagum sikit pun dia tak balas atau halang/pegang tangan aku. dia hanya lindung diri dia dengan tangan dia dari kena pukul. at least aku tahu dia bukan dayus yang jenis pukul perempuan atau balas apa yang perempuan buat)

yang kedua:
aku tarik sampai terkoyak baju yang dia pakai
sebabnya masa kena pukul tu dia cuba nak larikan diri dari aku
jadi aku sempat sentap baju dia & oleh kerana tarikkan tindakbalas yang sangat kuat
baju tu pon terkoyak!
yang paling penting baju tu baju kesayangan dia
kalau korang pernah tengok gambar kami dalam fb mesti korang perasan sebab baju tu dia pakai berulang kali
t-shirt yang dia suka sangat tu kami beli di universal studio singapore
atas t-shirt tu ada tulis "best actor" - konon dia perasan dia pelakon hebatlah
(mungkin ada cerita disebalik itu. hanya dia yang tau kenapa dia hebat sangat)

&
yang terakhir:

aku rosakkan external disc player dalam kereta dia
aku tarik sampai putus
sampai semua wayar-wayar tu tercabut dari kereta
ye betapa ganasnya aku
aku marah sangat sebab malam sebelum tu boleh dia kata kereta dia tak berapa sihat
bearing berbunyi lah jadi dia tak boleh datang rumah aku
dan yang paling aku sakit hati dia paksa aku ambil dia pukul 1 pagi sebab dia nak sangat datang rumah aku
(fyi: kalau dia off memang dia datang rumah. itu dah jadi perkara wajib melainkan kalau aku ada hal atau tidak berada di rumah)
oleh kerana terlalu sayang aku ajak adik aku teman ambil dia
nasib la adik aku memang jenis yang tak kisah
nak dijadikan penyebab gaduh
esoknya tu boleh pula dia call aku cakap nak pergi puchong nak melepak dengan kawan-kawan
tak ke aku angin?!
rumah kau kat salak tinggi je kot
jarak dalam 12km je dengan rumah aku dekat nilai
aku dah check pakai meter kereta bukan jauh pun
dengan aku pandai bagi alasan kata kereta rosak, bearing berbunyi lah
tapi bila pasal kawan sanggup pula pergi sampai ke puchong
elok pula kereta ko kan?!
bila masa ko pergi repair?!
mana hati aku tak menyirap
dah la masuk kerja pukul 7 pagi
pukul 1 pagi boleh kata nak pergi melepak
main snooker pula tu
macam ni aku nak buat suami?!
memang taklah!
sebab kau bukan muda lagi
kesimpulannya dah kau kata kereta kau rosak sangat mari aku rosakkan betul-betul
sebab itu aku tarik je apa yang aku sempat
yang paling senang external disc player dia la kan
itu yang sampai terputus
sebenarnya kalau ikutkan hati aku
nak je aku hentam cermin kereta dia biar pecah
tapi waktu tu tak ada kayu or besi
takkan aku nak guna tangan aku kan
gila apa
naik hantu aku pun aku masih waras memikirkan kesakitan aku juga


lepas dah selesai semua misi aku
dengan dia yang dah kepanasan hati
sebelum aku keluar kereta dia aku sempat rampas bb dia
memang angin lagi la dia kan
lepas satu-satu aku buat hal
then aku jalan pergi dekat kereta kawan aku
aku suruh kawan aku pergi
tapi tak sempat dia kejar datang buka pintu kereta minta bb dia balik
tapi jangan haraplah aku nak bagi
sebab hp kau ni la kau jadi siyal ikot sangat cakap kawan-kawan kau
dalam berbalah tu dia masih tak dapat bb dia lagi
so dia terus blah start engine melulu pergi
aku suruh kawan aku kejar sebab nak tengok mana dia pergi
tapi dah separuh jalan dia hilang tak dapat dikesan
pertama kali aku tengok dia bawa laju gila
tak terikut kami
takut pula accident kang tak pasal-pasal pula



jadi kalau dia berani cari aku lagi memang dia kena tanggung risiko yang sangat tinggi!





ps, kami putus pada 29 januari 2011 pukul 6.15 am