Monday, January 31, 2011

aku redha

otak serabut
macam-macam yang ada dalam fikiran
tak tahu mana satu yang patut fikir dulu
rasanya semua macam penting

ingatkan bila sudah besar sudah dewasa
kurang masalah
maksud aku sepatutnya masalah remeh-temeh ni tak perlu wujud
lebih-lebih yang melibatkan perhubungan

sejak berkasih baru
dan sekarang dengan secara rasminya
sudah putus
(macam fasha & jejai)
aku rasa hidup aku sangat terabai
bukan nak salahkan siapa-siapa
sepatutnya aku sendiri yang kena pandai kawal
jangan terlalu taksub!

adat percintaan
memang banyak dugaan & rintangan
nak kata serasi
memang tidaklah
hampir setiap hari kami bergaduh
gambar-gambar yang anda lihat di facebook itu semua lakonan
nampak bahagia, sweet
hakikatnya
apa yang dia buat semua tak kena dimata aku
ada sahaja salah silapnya
bukan aku tak cuba nak perbetulkan keadaan
dah banyak kali aku cuba beralah
tapi semuanya tak jadi
sikit-sikit aku jadi nak marah
ye aku tahu aku memang panas baran
cepat melenting
itu memang kelebihan aku

sebetulnya kalau dia memahami
tentu dia tidak membangkitkan kemarahan aku
ye dia memang kekasih yang baik
sentiasa berada disisi aku
kalau orang lain lihat
pasti cemburu
dan sepatutnya aku berasa bersyukur

cuma aku kurang gemar dengan sikapnya
yang tidak memikirkan masa hadapan
terlalu bersenang-lenang
bukan aku nak kongkong
tapi kalau pukul 6 pagi masih di tempat snooker
tak kira masa
sedangkan pukul 7 pagi kena masuk kerja

dimana tanggungjawabnya?




ps, terima kasih tuhan kerana memberi aku kebahagian walaupun seketika

Thursday, January 27, 2011

& there is no one else..

i am living in a happy life now
no doubt.
no one can take it from me no matter how much they want it to be



ps, i do

Monday, January 10, 2011

sabar

saya rasa
awak rasa
dia rasa

lain orang lain perangai lain cara

ingat tu!



ps, terasa

Wednesday, January 5, 2011

tindakan

tak susah pun untuk melepaskan segala apa yang kita ada
lebih-lebih lagi dengan apa yang kita selesa
sebab semua perkara itu berada dalam kepala kita

kalau kita ubah apa yang kita fikirkan
kita tukar apa yang kita buat



ps, aman

Tuesday, January 4, 2011

26 tahun


video
selamat hari jadi sayang!



ps, mhd aziz sadeli

Sunday, January 2, 2011

berselindung..

kita tak akan boleh lari
walau sejauh mana pun kita pergi



ps, belum jelas

Saturday, January 1, 2011

hari baru!

ber'azam menguruskan badan semula selepas tergendala kerana pengsan
belajar bersungguh-sungguh
mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester
menjalankan kewajipan pada Allah s.w.t dengan ikhlas tanpa ada paksaan
berlaku jujur kepada diri sendiri

&

seperti biasa
menjadi insan yang lebih sempurna sempurna SEMPURNA


amin ya rabbal alamin..


...........


gambar pertama untuk tahun 2011:

1 januari 2011 - genap 4 bulan bersama
doakan kebahagian kami walaupun ada rintangan yang mendatang
insyaAllah
:)



ps, Allah jua yang menentukan..