Friday, September 30, 2011

muak

bukan saya untuk meng'update' setiap cerita cinta di blog
sampai masa
wujudlah.



ps, cukup di facebook setakat ini

Tuesday, September 13, 2011

tiramisu untuk ditempah/dijual!

menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi & juga majlis-majlis lain.
sila hubungi nadia 010-792 8585 untuk maklumat lanjut
atau

anda boleh lawat

terima kasih
:)


ps, mini tiramisu saya sangat sesuai untuk dibuat doorgift kerana saiznya yang kecil & enak!

Thursday, September 8, 2011

maaf zahir batin

terlambat tak nak ucap SELAMAT HARI RAYA?
raya ada sebulankan?



ps, menulis dalam keadaan nak terkencing..

Friday, August 26, 2011

zahir

aku ingin menulis
menulis tentang rahsia hati
tetapi apakan daya
emosi belum menguasai diri



ps, persimpangan yang belum pasti

Thursday, August 4, 2011

untuk dijual: tiramisu

selain saiz-saiz dibawah
saya juga menerima tempahan untuk saiz lain seperti saiz kek harijadi & sebagainya
harga akan dirunding mengikut saiz yang dipinta


sudut tepi:

sudut atas:

bekas bulat
harga RM 7


sudut atas:

sudut tepi:

bekas empat-segi
harga RM 10


gambar hasil potongan diatas piring
mahu rasa lebih enak?
sila tambah serbuk koko diatas tiramisu
&
minum dengan secawan air kopi kurang manis
;)


untuk tempahan

SMS
010-792 8585

atau
PRIVATE MESSAGE saya di facebook


lokasi sekitar pusat bandar kuala lumpur, serdang, kajang, bangi, putrajaya, nilai & salak tinggi
delivery ke rumah hanya untuk tempahan yang melebihi 10 pack
& akan dikenakan caj penghantaran mengikut kawasan

selain dari tiramisu
ada juga menyediakan perkhidmatan spa & andaman
sila lawat blog untuk maklumat lanjut



terima kasih!




ps, ramadhan tahun ini membuka lembaran baru untuk aku berniaga
alhamdulillah..

Sunday, July 31, 2011

tanggungjawab

alhamdulillah
ramadhan datang lagi
selamat berpuasa tahun 2011 kepada seluruh umat islam
mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki
sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
harap-harap dimaafkanlah ye!

walau bagaimanapun sepanjang ramadhan ini
semoga kita beroleh keberkatan daripada-Nya
insyaAllah
amin..



ps, selamat ulangtahun fairuz izyana bt. ayub

Thursday, June 30, 2011

sampai masa

kehilangan
benar-benar kehilangan
satu kehilangan yang sangat besar

25 Jun 2011
pukul 2.40 petang
fatimah binti abd karim

selamat tinggal wan..

al-fatihah


ps, jangan ambil mudah setiap perkara

Monday, June 13, 2011

24!

setahun sudah berlalu
masa begitu pantas



ps, terima kasih semua

Friday, May 27, 2011

simpan

aku sudah tidak pandai menulis
menulis untuk meluahkan isi hati
mungkin usia banyak mengajar aku
menjadi penyimpan rahsia diri



ps, kemana perginya hilang ini?

Wednesday, May 11, 2011

not yet!

found my new kebaya for engagement day

*ignore the model's body
i suits better you know
:))

and

in a few hours will be flying to medan



ps, school starts next week!

Friday, April 22, 2011

.....

sebulan tak update
apa perubahan?
tiada!



ps, belajar dekat malaysia penat & susah

Wednesday, March 23, 2011

pelepas rindu

malas menulis
tiada apa untuk dicerita



ps, hilang rasa

Saturday, March 5, 2011

tak rugi

^_^
tak perlu kata apa-apa


ps, kebaikan..

Friday, February 11, 2011

apa mahunya?

3 kali putus dalam masa sebulan
gila hebat!



ps, berdoa jela nadia..

Tuesday, February 8, 2011

apa yang susah?!

kalau kita beriya dia tak layan
kalau kita jual mahal dia tak endah
maknanya dia dah taknak kitalah tu

jadi tak perlu buang masa nak menyemak otak fikir pasal dia
angkat kaki berambus pergi cari orang lain
lelaki bukan seorang kat dunia ni
jangan jadi bodoh sebab dia



ps, peringatan untuk kenalan

Thursday, February 3, 2011

hikmah

berlaku keliru tersendu
yang datang dan pergi kembali
ke mana arah dituju
semua tersimpan dihati


ps, disini

Wednesday, February 2, 2011

semalam

1 februari 2011
sepatutnya
genap 5 bulan kami bersama

tapi Allah yang menentukannya jua

&

surprisingly
dia berani cari hubungi aku

sekarang kami sudah berbaik
hanya sebagai teman
aku tidak mahu lagi tergopoh-gapah dalam perhubungan
biarlah takdir yang menentukan..



ps, mari mengorat saya!
^_^

Tuesday, February 1, 2011

naik hantu

tadi ma pesan lagi
jangan pandai-pandai telefon sms dia
ingat tu!

aku berjanji dengan ma tak akan berhubung dengan dia lagi
aku nekad

dan aku pasti dia pun tak berani cari aku lagi

sebabnya?

sebelum putus aku bergaduh macam orang gila dengan dia

ok jujurnya ini bukan kali pertama kami bergaduh teruk
sebelum ni pun aku pernah mengamuk sebenarnya
siap depan rumah mak bapak adik kakak anak sedara dia nampak lagi
kan aku dah kata aku memang gila
jadi jangan cari pasal dengan aku
aku akui aku memang perempuan gila
sebab aku tak suka ditipu ditindas dipermain-mainkan
lebih-lebih lagi dari orang yang aku sayang

ok berbalik kepada cerita tadi
antaranya dia tak akan cari aku lagi kerana

aku dah minta putus
biasalah bila bergaduh mestilah nak putuskan
walaupun hati tak mahu tapi mulut menjerit-jerit berkata nak
dan
aku juga cakap dengan dia lepas ni aku taknak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia
pergi mampos dia nak buat apa dengan hidup dia
sebab aku dah putus asa
dah tak larat nak kisah nak risau pasal dia
tapi dia sikit pun tak rasa bersalah tak rasa apa-apa
dan yang lagi penting
dia bersetuju bersumpah dia takkan cari aku juga
takkan kacau aku sampai bila-bila lagi

itu janji kami!

yang lain-lain nak tahu kenapa aku cakap dia takkan berani cari?

pertama:
dia takut dengan aku sebab masa bergaduh tu aku cekik & lempang dia bertalu-talu dalam kereta
(apa yang buat aku kagum sikit pun dia tak balas atau halang/pegang tangan aku. dia hanya lindung diri dia dengan tangan dia dari kena pukul. at least aku tahu dia bukan dayus yang jenis pukul perempuan atau balas apa yang perempuan buat)

yang kedua:
aku tarik sampai terkoyak baju yang dia pakai
sebabnya masa kena pukul tu dia cuba nak larikan diri dari aku
jadi aku sempat sentap baju dia & oleh kerana tarikkan tindakbalas yang sangat kuat
baju tu pon terkoyak!
yang paling penting baju tu baju kesayangan dia
kalau korang pernah tengok gambar kami dalam fb mesti korang perasan sebab baju tu dia pakai berulang kali
t-shirt yang dia suka sangat tu kami beli di universal studio singapore
atas t-shirt tu ada tulis "best actor" - konon dia perasan dia pelakon hebatlah
(mungkin ada cerita disebalik itu. hanya dia yang tau kenapa dia hebat sangat)

&
yang terakhir:

aku rosakkan external disc player dalam kereta dia
aku tarik sampai putus
sampai semua wayar-wayar tu tercabut dari kereta
ye betapa ganasnya aku
aku marah sangat sebab malam sebelum tu boleh dia kata kereta dia tak berapa sihat
bearing berbunyi lah jadi dia tak boleh datang rumah aku
dan yang paling aku sakit hati dia paksa aku ambil dia pukul 1 pagi sebab dia nak sangat datang rumah aku
(fyi: kalau dia off memang dia datang rumah. itu dah jadi perkara wajib melainkan kalau aku ada hal atau tidak berada di rumah)
oleh kerana terlalu sayang aku ajak adik aku teman ambil dia
nasib la adik aku memang jenis yang tak kisah
nak dijadikan penyebab gaduh
esoknya tu boleh pula dia call aku cakap nak pergi puchong nak melepak dengan kawan-kawan
tak ke aku angin?!
rumah kau kat salak tinggi je kot
jarak dalam 12km je dengan rumah aku dekat nilai
aku dah check pakai meter kereta bukan jauh pun
dengan aku pandai bagi alasan kata kereta rosak, bearing berbunyi lah
tapi bila pasal kawan sanggup pula pergi sampai ke puchong
elok pula kereta ko kan?!
bila masa ko pergi repair?!
mana hati aku tak menyirap
dah la masuk kerja pukul 7 pagi
pukul 1 pagi boleh kata nak pergi melepak
main snooker pula tu
macam ni aku nak buat suami?!
memang taklah!
sebab kau bukan muda lagi
kesimpulannya dah kau kata kereta kau rosak sangat mari aku rosakkan betul-betul
sebab itu aku tarik je apa yang aku sempat
yang paling senang external disc player dia la kan
itu yang sampai terputus
sebenarnya kalau ikutkan hati aku
nak je aku hentam cermin kereta dia biar pecah
tapi waktu tu tak ada kayu or besi
takkan aku nak guna tangan aku kan
gila apa
naik hantu aku pun aku masih waras memikirkan kesakitan aku juga


lepas dah selesai semua misi aku
dengan dia yang dah kepanasan hati
sebelum aku keluar kereta dia aku sempat rampas bb dia
memang angin lagi la dia kan
lepas satu-satu aku buat hal
then aku jalan pergi dekat kereta kawan aku
aku suruh kawan aku pergi
tapi tak sempat dia kejar datang buka pintu kereta minta bb dia balik
tapi jangan haraplah aku nak bagi
sebab hp kau ni la kau jadi siyal ikot sangat cakap kawan-kawan kau
dalam berbalah tu dia masih tak dapat bb dia lagi
so dia terus blah start engine melulu pergi
aku suruh kawan aku kejar sebab nak tengok mana dia pergi
tapi dah separuh jalan dia hilang tak dapat dikesan
pertama kali aku tengok dia bawa laju gila
tak terikut kami
takut pula accident kang tak pasal-pasal pula



jadi kalau dia berani cari aku lagi memang dia kena tanggung risiko yang sangat tinggi!





ps, kami putus pada 29 januari 2011 pukul 6.15 am

Monday, January 31, 2011

aku redha

otak serabut
macam-macam yang ada dalam fikiran
tak tahu mana satu yang patut fikir dulu
rasanya semua macam penting

ingatkan bila sudah besar sudah dewasa
kurang masalah
maksud aku sepatutnya masalah remeh-temeh ni tak perlu wujud
lebih-lebih yang melibatkan perhubungan

sejak berkasih baru
dan sekarang dengan secara rasminya
sudah putus
(macam fasha & jejai)
aku rasa hidup aku sangat terabai
bukan nak salahkan siapa-siapa
sepatutnya aku sendiri yang kena pandai kawal
jangan terlalu taksub!

adat percintaan
memang banyak dugaan & rintangan
nak kata serasi
memang tidaklah
hampir setiap hari kami bergaduh
gambar-gambar yang anda lihat di facebook itu semua lakonan
nampak bahagia, sweet
hakikatnya
apa yang dia buat semua tak kena dimata aku
ada sahaja salah silapnya
bukan aku tak cuba nak perbetulkan keadaan
dah banyak kali aku cuba beralah
tapi semuanya tak jadi
sikit-sikit aku jadi nak marah
ye aku tahu aku memang panas baran
cepat melenting
itu memang kelebihan aku

sebetulnya kalau dia memahami
tentu dia tidak membangkitkan kemarahan aku
ye dia memang kekasih yang baik
sentiasa berada disisi aku
kalau orang lain lihat
pasti cemburu
dan sepatutnya aku berasa bersyukur

cuma aku kurang gemar dengan sikapnya
yang tidak memikirkan masa hadapan
terlalu bersenang-lenang
bukan aku nak kongkong
tapi kalau pukul 6 pagi masih di tempat snooker
tak kira masa
sedangkan pukul 7 pagi kena masuk kerja

dimana tanggungjawabnya?




ps, terima kasih tuhan kerana memberi aku kebahagian walaupun seketika

Thursday, January 27, 2011

& there is no one else..

i am living in a happy life now
no doubt.
no one can take it from me no matter how much they want it to be



ps, i do

Monday, January 10, 2011

sabar

saya rasa
awak rasa
dia rasa

lain orang lain perangai lain cara

ingat tu!



ps, terasa

Wednesday, January 5, 2011

tindakan

tak susah pun untuk melepaskan segala apa yang kita ada
lebih-lebih lagi dengan apa yang kita selesa
sebab semua perkara itu berada dalam kepala kita

kalau kita ubah apa yang kita fikirkan
kita tukar apa yang kita buat



ps, aman

Tuesday, January 4, 2011

26 tahun


selamat hari jadi sayang!



ps, mhd aziz sadeli

Sunday, January 2, 2011

berselindung..

kita tak akan boleh lari
walau sejauh mana pun kita pergi



ps, belum jelas

Saturday, January 1, 2011

hari baru!

ber'azam menguruskan badan semula selepas tergendala kerana pengsan
belajar bersungguh-sungguh
mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester
menjalankan kewajipan pada Allah s.w.t dengan ikhlas tanpa ada paksaan
berlaku jujur kepada diri sendiri

&

seperti biasa
menjadi insan yang lebih sempurna sempurna SEMPURNA


amin ya rabbal alamin..


...........


gambar pertama untuk tahun 2011:

1 januari 2011 - genap 4 bulan bersama
doakan kebahagian kami walaupun ada rintangan yang mendatang
insyaAllah
:)



ps, Allah jua yang menentukan..