Monday, November 22, 2010

sedang PMS

kadang-kadang bila kita teringat apa yang bf kita dah buat dengan kawan kita
kita boleh jadi nak marah
ye walaupun masa itu dia belum lagi jadi bf kita
tapi tak mustahil perkara itu boleh menimbulkan keraguan

..........

patutlah orang selalu cakap kenapa perlu jaga adab pergaulan
sebab kita tak pernah tahu dengan siapa kita akan berakhir

baik buruk tindakannya
kitalah yang terima!



ps, apa yang aku dia kamu telah lakukan?

Tuesday, November 16, 2010

bukan rezeki

sudah sebulan lebih aku meninggalkan naddys
bukan tidak mahu 'kemas kini' tetapi masa tidak mengizinkan
kebelakangan ini juga aku banyak menulis untuk tujuan akademik
jadi masa untuk blog seolah-olah tiada
walaupun terlalu banyak perkara yang terjadi..

antara yang memberi impak dalam kehidupan
laptop pink dell yang menjadi peneman setia aku selama ini telah hilang
hilang dalam erti kata lainnya; dicuri oleh seseorang
siapalah aku untuk menuduh
tetapi jika difikir dengan logik akal
tentu orang yang berada di dalam rumah juga yang melakukan

aku pasrah dengan apa yang terjadi
mungkin ini balasan atas kesalahan dosa-dosa aku selama ini..

...........

bahagia?
setakat ini iya
jujur mengatakan aku senang bersamanya
sampai bila?
biar waktu & takdir yang menentukannya..



ps, selamat hari raya aidiladha