Monday, August 30, 2010

percaya siapa?

pada keluarga
pada saudara
pada teman
pada kekasih

atau

pada yang esa?

siapa yang bersalah
siapa yang tersilap

atau

siapa yang mengkhianati?

aku atau dia yang keliru
aku atau dia yang terburu

atau

kami yang cemburu?


..........

kau & aku sama-sama punya fikiran
mari berakal walaupun se'zarah!





ps, tak tahu malu..

Thursday, August 12, 2010

terkenang

"Jatuh Cinta"
antara lagu klasik kegemaran saya
;)


video klip dari filem cinta pertama - my girl
filem thailand tapi di alih bahasa indonesia
antara cerita terbaik kegemaran saya juga


sesiapa yang pernah ada best friend tak kira lelaki atau perempuan masa zaman kanak-kanak dulu
pasti akan ber'emosi apabila menonton filem ini
:)





ps, dengar & tengok 100 kali pun tak akan pernah bosan

Wednesday, August 11, 2010

rela menanti

apa yang engkau impikan bukankah untuk bahagia
perlu apakah lagi bersandiwara
bukan kasih & sayang yang membuat diri gelisah
tapi penghalang cinta yang kita tempuh

rela menanti walaupun parah walau berdarah
rela menanti walau terhalang walaupun marah

rindu selalu membara di dada
ingin selalu berjumpa bermesra
rela hatiku kau curi
rela hingga akhir nanti





ps, tenat dah aku ni..

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan 1431

selamat berpuasa!
ada salah silap harap dapat maafkan
& yang penting halalkan makan minum saya
semoga ramadhan kali ini memberi hidayah kepada kita semua
amin..





ps, mahu berhenti semua perkara-perkara liar

Monday, August 9, 2010

yang jujur!

bukan rupa paras yang menjadi ukuran
tapi
poket penuh yang menjadi pilihan





ps, tak malu mengaku!

Wednesday, August 4, 2010

pergi lagi

lebih kurang dalam masa 6 jam lagi aku akan ke beijing
insyaAllah akan menetap di rumah kak yati selama 5 hari
persiapan semua alhamdulillah sudah lengkap
hanya tinggal masa untuk berlepas sahaja
:D

anyway perjalanan kali ini agak padat
sila lihat jadual dibawah


rabu:

-sampai

-ke nan luo gu xiang & san li tun

-ke night food market

-ke hard rock cafe


khamis:

-ke tiananmen square

-ke forbidden city

-ke temple of heaven

-ke niujie mosque (ox street)

-ke beihai park

-dinner di le little saigon bersama lydia & rakan-rakan


jumaat:

- ke badaling great wall

-ke olympic stadiums

-ke wang fu jing shopping street

-ke qianmen street


sabtu:

-ke summer palace

-ke hutong complex

-ke silk street (xiushui market)

-party di rumah manon
^_^


ahad:

-pulang

sebelum pulang insyaAllah akan jalan-jalan di sekitar tianjin dahulu


..........


rasa-rasanya selepas ini tiada lagi percutian ke luar negara sehinggalah awal bulan disember
ikut perancangan insyaAllah akan ke singapore pada 3-6 dis (kenduri kahwin imah)

5-9 januari 2011 ke bali bersama keluarga
tiket flight & hotel sudah booking


..........


manusia hanya merancang Allah s.w.t jua yang menentukan





ps, ma selalu bising asyik berjalan je!



update!

tak sampai beberapa minit baru je insaf taknak pergi holiday
sekali irene bagitahu airsia ada buat route pergi seoul
rm 99 pulak tu
dah la seoul tersenari dalam wishlist aku
gila tak pergi!




ps, sila simpan duit!



updates:

sudah beli return flight ticket to seoul pada 3-8 november 2010
dengan harga RM 265 sahaja!





ps. sumpah kena bunuh dengan ma!

Tuesday, August 3, 2010

sila hubungi

"adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku"

yuna - dan sebenarnya

..........

tiada apa yang menarik
jauh sekali nak kata handsome

kerjayanya cuma sederhana
tidak rasa berjawatan tinggi
kalau ikut pilihan ma
tentu tinggal dalam mimpi

tetapi dia buat saya teringat
teringat tentang dia yang macam semacam
perkenalan singkat hanya beberapa hari
tak mungkin ada kata cinta

..........

haishh
dengan kekasih-kekasih sebelum ini
belum pernah berperasaan begini
walaupun pada ketika itu belum couple
tak ada pula sampai termimpi-mimpi

adakah ini dikatakan cinta pandang pertama?
atau aku yang saja-saja suka?

..........

kepada kekasih sekarang
maafkan saya
bukan mahu berniat curang
cuma berlaku jujur pada hati
selagi dia bukan milik saya
insyaAllah kita kekal sampai mati




ps, dia meninggalkan kenangan
benci!

Monday, August 2, 2010

jiwa

aku menghadapi tekanan perasaan terlampau pada ketika ini
perasaan untuk menyakiti hati teman-teman dengan sengaja menular kuat dalam jiwa aku
pada mereka yang terasa tahniah aku ucapkan
sekurang-kurangnya aku berjaya membuat mereka terluka tanpa sebab atau rasa bersalah

berkongsi rasa?
oh itu bukan kehidupan aku
aku lebih rela bersikap rahsia atau tidak mempamerkan kejujuran
untuk apa aku berkongsi jiwa kalau kamu tidak jujur dalam memberi simpati?

aku sedar sebagai manusia normal bukan senang untuk memahami atau mengasihani teman
kamu fikirkan sendiri reaksi apa yang dapat kamu berikan selepas teman meluahkan perasaan?

kamu mahu kata yang kamu simpati?
kamu mahu kata yang kamu mengasihani?
kamu mahu kata yang kamu memahami?

bukan itu jawapan yang aku mahukan!

atau ye mungkin aku terlupa

ada juga teman yang sanggup sama-sama atau pura-pura menangis hanya untuk menunjukkan sikap prihatin
sedangkan secara zahirnya mereka tidak kisah pun dengan apa yang terjadi

itu masalah kau
bukan masalah aku
kenapa perlu aku membebani fikiran aku dengan perkara yang kau lakukan?

aku disini hanya untuk bersama kamu bahawa aku ada sebagai teman
teman yang kononnya wujud disaat susah & senang
atau sebenarnya terpaksa bersikap hipokrit kerana tidak mahu kehilangan teman

nanti kalau aku tidak pandai menunjukkan 'kesian' bagaimana?

kau fikirlah sendiri!

..........


komen & mesej sama ada di facebook atau hp
tidak cukup untuk menunjukkan yang kamu benar-benar berusaha





ps, atau mungkin aku tersilap kerana terasa penting dalam hiburan kamu!