Saturday, July 31, 2010

cukup 30 hari

tanpa NASI

bulan kedua tanpa nasi & semua jenis mee pula

tahniah nadia~


..........


saya tidak mahu melakukan diet secara drastik seperti sebelum ini
kerana selalunya tidak menjadi

sebelum ini saya akan terus berhenti makan semua jenis karbohidrat & membuat senaman secara terlampau

kesudahannya tak sampai 2 minggu saya kembali kepada rutin asal kerana tidak tahan & penat

jadi doktor di klinik mega mengesyorkan saya dengan langkah mengikut bulan

bulan pertama:
berhenti makan nasi

bulan kedua:
berhenti makan nasi & semua jenis mee
(termasuk spaghetti & sewaktu dengannya)

bulan ketiga:
berhenti makan nasi, mee & roti

bulan keempat:
berhenti semua karbohirat & gantikan dengan protein
mulakan senaman secara sederhana

bulan kelima & keenam:
teruskan diet & senaman

januari 2011:
mari kita lihat hasilnya
:)


sejujurnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi
jika saiz pakaian saya dari 18uk turun kepada 16 atau 14uk
itu sudah cukup memberi harapan baru kepada saya


*doktor menasihatkan saya supaya membuat senaman dari mula diet lagi tetapi oleh kerana saya terlalu malas & berkata jujur padanya
dia memahami saya


doktor kata diet tidak seharusnya menjadi bebanan
tetapi ikut pada kemampuan

cantik dimata orang belum tentu sihat di badan kita




ps, sayang dr. chandra!

Friday, July 30, 2010

ah ah~

kawan saya bilang

"kalau main pakai condom itu bukan sex!"

jadi kalau nak main jangan pakai condom

peace
^_^



ps, nak kahwin la!
yummy~

Thursday, July 29, 2010

datang rajin

19-25 julai
perhentian kecil:

selamat datang ke long beach
:)


sebelum diving kena siapkan peralatan dulu
periksa semua barang-barang supaya keselamatan menyelam terjamin


makan malam bersama geng-geng diving di shari-la resort


bersama dive master saya!


dalam perjalanan ke paul reef


kat long beach ni banyak gila gerai-gerai
usahkan gerai bar pun banyak
so kalau nak mabuk takde hal~

anyway makan kat long beach agak pricey
sekali makan dalam rm 10-15
jadi kalau nak datang sini sila bajet duit makan anda dalam rm 40-50 sehari
kalau tak memang terliur la tengok orang lain makan...


ini tapas bukan tapai
hidangan untuk makan malam
aku tertipu dengan menu
ingatkan banyak sebab mahal
sekali ini je dia bagi
gila tak kenyang

celaka punya tapas!


kat long beach famous dengan arak jenama orang utan
kalau minum confirm jadi beruk lepas tu
:P

di monkey bar
*aku tak minum arak orang utan
jadi muka beruk itu hanyalah lakonan semata-mata
sila jangan salah faham..


xaxau di black pit bersama rakan-rakan aussie
satu uni tapi mereka semua seniors


wah! dikelilingi jejaka~
*dua jantan dibelakang tu bukan pondan
tapi disebabkan ladies nite jadi mereka terpaksa dress up perempuan untuk mendapatkan arak percuma


dengan roommate saya nuria!


lelaki kalau joget lagi sakan~


dinner lagi


penat duduk
tak penat joget


mak nyah tu terer gila main api pusing-pusing
siang dia kerja jadi waitress


if datang long beach
please please pergi black tip!


crowd dia ramai gila ok!
bar lain semua kalah


i memang suka bermanja u ollss!
dengan erti kata lainnya gediksss
:P


omg!
sumpah benci gila tengok muka aku time ni
gila biatchhh



sakit hati gila sebab separuh gambar dalam underwater camera hilang
tak sure kenapa tapi maybe memory card rosak kot
so meaning kena pergi long beach lagi la
walaupun dah 4 kali pergi tapi still tak pernah boring


*long beach/perhentian kecil tidak sesuai untuk family
atau orang baik-baik seperti teman lepak anjung saya
jadi saya tidak mengesyorkan anda ke sana

jika orang seperti anda yang tidak gemarkan parti tetapi mahu ke pulau
sila ke perhentian besar atau pulau redang
:)


..........


sebelum pulang ke kl
aku & nuria singgah kuala terengganu dulu
kebetulan waktu itu ada gamelan world music festival
jadi saja datang nak support teman-teman aswara/ask

time ni mereka tengah buat latihan untuk main show pukul 9 malam



..........


kisah sepupu saya:

dia hanis aliaa
dia cantik
dia bertudung
dia belum berkahwin
:)

anyway gambar ni dia terpaksa tutup muka sebab tak pakai tudung
siapa-siapa nak tengok muka dia sila cari blog dia
confirm terpikat dengan keayuan wajah dia!


dia nurul nadia
dia tak cantik
dia tak bertudung
dia juga belum berkahwin
;)

dia tak perlu tutup muka sebab dia rasa dia sangat comel!
muahahahhahahha~


jari-jemari kami
marilah datang sarung cincin..

kami suka praktis main inai sebab tak sabar nak kahwin nokkkk


*sejak hanis aliaa dah habis belajar & nurul nadia dah pulang semula ke malaysia
hampir setiap hari kami melihat wajah masing-masing
pergi tengok wayang sama-sama
makan kfc sama-sama
teman aku jalan sama-sama
kutuk orang sama-sama
tidur pun sama-sama
kita semua memang selalu sama-sama
ngeh!~



..........


jalan masjid india:

dah pakai inai kat jari
kat tangan pun nak juga
:D


irene punya henna cantik
penuh je corak dia~


..........



ini meehon sup berdengung
makanan terlazat untuk masa kini!

hari tu jalan-jalan dengan ma pergi nilai 3
sekali nampak banner sup berdengung
macam sedap je bunyikan
so ajak la ma singgah makan kejap

reaksi selepas makan..

sedap nak mati sup ni!
kat nilai 3 famous gila ok
yang kesiannya macam mana la kami boleh tak tahu
padahal rumah kat nilai impian je
itu la nilai 3 belakang rumah berlagak tak mahu pergi
kan dah rugi..

*untuk orang yang sedang ber'diet sangat la tak layak makan sup berdengung
minyak & lemak dia perghhh boleh buat pelampung!





ps, minat kat orang lain tapi dapat orang lain
macam mana tu?!

Monday, July 26, 2010

baru pulang

perhentian island long beach best sangattt
seminggu tak cukup
tapi puas!



ps, suka & duka

Monday, July 19, 2010

rahsia saya

"sejak menggunakan olay total effect kulit saya menjadi semakin halus & licin
ia juga dapat menghilangkan kesan-kesan jerawat pada wajah saya
kulit muka saya juga semakin cerah & lebih sekata berbanding dulu"

wah!

boleh jadi duta olay tak?
^_^

ngeh ngeh ngeh

pape pun itu adalah statement ikhlas dari saya
saya tidak dibayar oleh sesiapa untuk mengeluarkan statement seperti itu
itu adalah pendapat peribadi saya mengenai olay

saya mula menggunakan olay total effect sejak setahun yang lepas
perasaan untuk mencuba produk baru wujud setelah saya tidak mampu lagi untuk membeli pencuci & krim muka dari klinik kulit
harga yang terlalu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit membuatkan saya mula sedar yang saya perlu berubah
almaklumlah sekarang mungkin tidak terasa kerana menggunakan wang ibu bapa
tetapi sampai bila?

jadi saya terfikir yang saya perlu mencari alternatif lain
sebelum menggunakan olay total effect saya telah mencuba berbagai jenis produk yang berada di pasaran
dari produk yang terkenal sehinggalah kepada yang tidak dikenali
tetapi semuanya masih tidak berjaya

untuk pengetahuan pembaca saya mempunyai masalah kulit yang sangat sensitif & berjerawat (jenis bernanah)
kerana itu saya dinasihatkan oleh doktor untuk menggunakan produk yang diberikan olehnya sahaja
memang saya akui pencuci & krim muka yang dikhaskan oleh doktor tersangatlah bagus & berkesan
selepas 2 minggu menggunakannya termasuk memakan 2 jenis pil (antibiotik & jerawat)
jerawat yang bernanah di muka saya menjadi kering
dan selepas 3 bulan saya tidak perlu lagi memakan pil
cukup sekadar mencuci muka & menyapu krim malam sahaja
saya telah menggunakan pencuci & krim muka dari klinik selama 3 tahun
ini kerana apabila saya cuba untuk menggunakan produk lain kulit muka saya akan kembali berjerawat & menjadi gatal-gatal
kerana itu saya tidak berani lagi untuk mencuba produk lain sehinggalah saya menjumpai olay total effect

sebelum mengguna semua produk keluaran olay
saya hanya mencuba krim moisturizer olay total effect sahaja
selepas sebulan saya mencuba krim malam total effect pula
setelah melihat tidak ada apa-apa tidak balas negatif
saya mencuba pencuci mukanya juga
apabila olay mengeluarkan produk body butter (sabun mandian)
saya tidak teragak-agak untuk membelinya
ternyata produk keluaran olay total effect sangat berkesan dengan kulit saya

dan sehingga ke hari ini jika ada saudara-mara & teman-teman lama yang berjumpa
mereka pasti akan menegur & bertanya produk apa yang saya guna setelah melihat perubahan ketara ke atas kulit muka saya

terima kasih olay total effect!


cream cleanser


daily moisturizer gentle spf 15


night cream


body butter



..........



ramai mungkin berpendapat olay total effect hanya sesuai untuk peringkat umur 30 tahun ke atas atau anti aging sahaja
tetapi bagi saya jika kulit muka anda selalu terdedah kepada cahaya matahari
ini juga boleh membuatkan kulit muka kita menjadi kering & nampak tua
jadi nasihat saya lebih baik mencegah daripada merawat

kesimpulannya tidak salah untuk menggunakan produk anti aging walaupun berumur 20 tahun asalkan ia sesuai dengan kulit muka kita

*tips: gunakan moisturizer selepas mandi pagi & sapukan night cream selepas mandi malam



selamat mencuba
:D




ps, tidak kedekut untuk berkongsi kecantikkan

Sunday, July 18, 2010

tidak terdapat

maaf
saya tidak punya masa untuk sesiapa yang tiba-tiba memerlukan
sila minta dari rakan-rakan lain




ps, jangan terasa

Monday, July 12, 2010

some say..

some say what?!

fuck off



ps, so long suckers

Sunday, July 11, 2010

tidur

fikiran kosong
bercelaru
terganggu
tiada kata-kata



ps, gembira!

Wednesday, July 7, 2010

jangan pergi

tiba-tiba sepi
semacam ada yang memanggil
kiri kanan aku mencari
sesuatu benda yang tak pasti

mungkin hari esok lebih bahagia
mungkin hari esok lebih sempurna
kalau itu bukan milikku
kau tenangkan aku



ps, menanti..

Tuesday, July 6, 2010

di kuala lumpur

aktiviti-aktiviti pada minggu yang lalu..


di legend hotel:








di subang:



di wangsa maju:








main tendang bola terpantas
kalau menang dapat jersey
malangnya semua kalah
:(





ke putrajaya:

bengong!


kesian mak esah tak nampak muka




di putrajaya:






..........


ini teman baru saya
baru 6 hari
:D

..........


maafkan saya japo
saya sayang awak
tapi awak jauh sangat..




ps, jangan salah faham!