Sunday, June 20, 2010

untuk diri sendiri..

macam mana sakit pun
macam mana perit pun
macam mana terasa pun
macam mana marah pun
macam mana geram pun
macam mana merajuk pun

syurga tetap di bawah telapak kaki ibu

hidup tak akan aman damai apatah lagi sempurna kalau tiada kemaafan & restu dari dia

ampunkan dosaku!



ps, mahu jadi anak solehah

Thursday, June 17, 2010

hidup tak bermakna tanpa kawan-kawan

birthday princess yang malu-malu
:P


ngeee~


kek yang kedua dari besties!
tq darling


"23 is young nadia!"
nadia dah kena makan~
thanks to kak kina yang buat cupcakes ni
comellssss macam saya
:D


couple yang cute & sporting
sayang kakak & abang!~


fadil nadia jaja nadia
kawan-kawan menyundal!


sebahagian yang hadir


besties saya!
sehidup semati



ps, gambar-gambar lain banyak di facebook

Sunday, June 13, 2010

12 jun 1987

hari kewujudan saya

terima kasih ma kerana melahirkan saya
terima kasih abah kerana membesarkan saya

positif + negatif = nadia



ps, selamat hari jadi nadia

Wednesday, June 9, 2010

khas untuk ckin ku sayang!

maaf ye mbak!
baru sekarang aku upload gambar ko kan
padahal konsert ni februari lepas
memang terbaik
:P

















edisi memotong barisan dengan tanpa rasa bersalah
sepatutnya tak boleh baris langsung sebab tak beli buku program
tetapi kerana nadia yang pandai ber'ayat manis & suka berpura-pura sama abang pengawal yang tak hensem
kami berjaya ke bahagian paling hadapan sekali!
bangga tak?!
haha~


jangan jeles!
i siap boleh masuk berdiri betul-betul sebelah dia lagi
orang lain semua kena bergambar kat depan penghadang besi tu
classs


dah muka macam bapok pun ada faizal tahir ni
menyampah pula aku tengok kening dia
tinggi semacam!



membawa ckin ke tempat steamboat kegemaran saya!
aku memang dah jadi kawan baik dengan abang tu
kalau makan mesti air free
walaupun i tau air tu air paip
tapi lantaklah janji tak tercekik & yang penting tak pernah cirit-birit!


ini rakan kegemaran saya ok
kami berkawan sejak dari sekolah rendah

masa mula-mula kenal dulu tak baik sangat
sebab dia suka buli aku
pastu kawan dia semua budak lelaki!

aku pula time tu ala-ala girlie sikit pergi taman main baseball pon pakai mini skirt
& teman melaram aku masa tu baya

so ckin ni aku kategorikan dia sebagai budak perempuan nakal & tomboy!

oh TIDAK!

bukan nakal tapi jahat gilaaaaaaa
sebab dia pernah kejar aku & baya sambil bawa bangkai ular ke apa
time tu pulak baru lepas hujan lebat so padang permainan tu macam banjir
dah la ko naik basikal kita orang jalan kaki
memang sumpah perangai ko macam HANJENG!
kurang ajar betul!
menggelupur aku & baya lari

TAKNAK KAWAN KO DAH!
haha~


ps, sekian!

Friday, June 4, 2010

beberapa hari yang lalu..


dinner dekat fish & co yang dah tak sedap!


karaoke jamban dekat ou dengan ckin rakan kegemaran saya~


seafood terminal @ bangsar
(link dia ada pada entri yang lepas)
sangat berbaloi dengan harga rm38 seorang
makanlah banyak mana sampai minta nyawa pun boleh!


bodyguard saya sangat seronok sebelum menikmati juadah~





siakap kukus lemak ni sumpah lazat nak mati
aku makan sorang tak boleh kongsi!


dekat mines
sebelum main bowling sempat pula diorang lawan gendang



ekin-nisa-nadia
ok lah markah aku 80
no 3 dari 5
:)


fae-riena


ckin muka bapak excited masa daftar undi untuk pilihanraya












yang dekat atas tu semua gambar-gambar time youth carnival
berbaloilah pergi siap shopping sakan lagi
kalau kita yang remaja ni tak support siapa lagi nak support kan?
aku harap diorang buat acara ini tiap-tiap tahun~


jangan makan steamboat dekat red wok bangi/kajang
sumpah tak sedap langsung!
percaya atau tak itu saja sisa yang aku makan


muka-muka tak puas hati!


..........

inilah dia barang yang dinanti-nantikan itu
bertambah lagi nyawa aku!

bonang ada 7 scales
1 hingga 7
kalau gamelan melayu ada 5 scales saja
1, 2, 3, 5 & 6
jadi yang ini gamelan jawa punya
selalu gamelan jawa main 7 scales atau kadang-kadang 6 scales
(bonang aku boleh juga dijadikan gamelan melayu)

*dalam gambar itu bukan susunan betul
bonang rata ialah low pitch
disusun dibahagian bawah @ 2nd row
yang macam bukit tu high pitch
disusun dibahagian atas @ 1st row


ini kempul bukan gong!
kempul adalah mini gong

aku beli bonang & kempul ni masa pergi java trip 2 bulan lepas
beli dekat taman sari, jogja
ada satu atuk bawa aku pergi rumah orang yang buat gamelan ni
bukan dekat kedai ye!
memang rare gilalah
orang yang buat gamelan ni umur dia dalam lingkungan 90 tahun
aku bersyukur sangat dapat kenal dengan atuk yang bawa aku ke sana
tanpa dia tak mungkin aku dapat beli benda-benda ni!

kalau korang beli alat gamelan dekat malaysia memang TERSANGAT mahal
jarang yang ada alat sendiri walaupun tenaga pengajar
selalunya gamelan ni ada dekat universiti, sekolah ataupun pusat-pusat kebudayaan
sebab tu bila aku cerita dengan kawan-kawan yang aku beli bonang & kempul diorang kata aku gila!
tapi kalau dah minat nak buat macam manakan
aku pun memang suka dengan benda-benda yang unik
lagipun gamelan ni memang terkenal dengan ciri-ciri mistiknya
selalunya pada tiap-tiap bonang yang dihasilkan
si tukang buat akan membaca mantera
tapi terpulanglah pada individu sama ada nak percaya atau tidak
dan sepanjang bonang & kempul ni berada di bilik tidur aku
belum pernah lagi aku mengalami perkara-perkara mistik
mungkin sebab dia tahu aku pemiliknya kot!
;)

anyway aku shipping barang-barang ni dari jogja
dekat sebulan jugalah baru sampai
ini pun tak lengkap lagi sebab rancakan/tempat bonang belum terima lagi

pada sesiapa yang nak beli alat gamelan sama ada untuk sekolah ataupun persendirian
boleh hubungi aku
kalau beli direct dengan diorang tersangatlah murahnya
insyaAllah harga boleh runding!

*aku berniat nak kumpul set gamelan
nak lengkapkan semua alat yang ada
seperti saron, gambang, kenong & lain-lain


..........


iphone 3gs 32gb
bukan aku punya
tapi adik aku punya
aku tak minat iphone sebab tu aku tak guna
banyak sangat application buat aku serabut!

apa-apa pun ini hadiah untuk harijadi adik yang ke 21 tahun april lepas
sebagai kakak yang baik (poyo) aku pun terpaksalah belikan 3gs untuk adik
menghabiskan duit sebenarnya..

adik memang pengguna iphone sejak setahun yang lalu tapi yang 3g bukan 3gs
3gs lagi laju katanya
aku yang tak tahu apa-apa ni layankan saja
lepas ni confirm dia minta yang 4g pula!




ps, bila pula nak update lagi ye?