Wednesday, May 26, 2010

sudah sampai

barang yang dinanti-nanti sudah tiba!



ps, nantikan kemunculannya~

Sunday, May 23, 2010

tidak gembira!

menangis menangis sampai habis air mata!



ps, tak ada orang yang faham..

Monday, May 17, 2010

gangguan diet!

lazat sangat ni
lagi lazat dari seoul garden yang sudah jemu makan




ps, jom kita pergi makan~

Wednesday, May 12, 2010

tidak lengkap!

16 april:

-selamat tiba di surabaya pada pukul 12.10 pm
lewat 15 minit seperti yang dijadualkan

-mengambil teksi untuk menuju ke lontar baru dengan bayaran rp.120000
(rumah sari yanti)

-semasa dalam teksi aku bertanya kepada pemandu tersebut berapa harga city tour untuk setengah hari perjalanan?
dia menjawab rp.500000
terlalu mahal bagi aku
lalu dia bertanya berapa yang aku mahu
aku minta rp.200000 sahaja
dia tidak bersetuju dan meletakkan harga sebanyak rp.300000
aku berkata kepada dia kalau mahu rp.200000 kalau tidak mahu tak mengapa
kemudian dia bersetuju walaupun ada rasa ketidakpuasan hati dalam suaranya
(peduli apa aku selagi 'dia tak buat hal sudah')

-selepas bersetuju aku meminta dia menjemput ikhlas (teman lama aku sejak dari sekolah lagi) di kedung pengkol
ikhlas menuntut di universitas airlangga dalam jurusan farmasi
sari yanti tidak dapat bersama aku kerana bekerja

-semasa city tour kami pergi ke tugu kapal selam (rp.5000 seorang), sempoerna house, makam wali sogo di masjid ampel, arab street, lalu di sekitar jambatan merah & chinatown
-cuaca hujan pada ketika aku lalu membantutkan perjalanan kami ke tugu pahlawan

-selepas late lunch di arab street aku meminta driver tersebut menghantar kami pulang sahaja


17 april:

-seperti biasa aku bangun agak lewat pada pukul 11 pagi

-selepas mandi kami makan tengahari yang dimasak oleh sari

-dalam pukul 1 tengahari kami bersiap-siap untuk keluar ke city tour lagi
kali ini dengan menaiki bemo (pengakutan awam yang murah sekitar rp2000 sekali perjalanan) tetapi jiran yanti dan temannya mempelawa kami untuk menaiki motosikal mereka

-dengan 2 buah motosikal (4 orang) kami pergi ke surabaya dam, tugu surabaya, zoo surabaya (tidak masuk), masjid muhammad cheng ho, gereja jesus, tugu pahlawan, jambatan merah & chinatown

-aku menghulur rp.20000 seorang kepada jiran dan rakannya untuk mengisi minyak motor

-selepas jalan-jalan di jambatan merah & chinatown kami berhenti untuk makan malam di food court
harga makan untuk 4 orang rp.47000 (murah gila!)

-sebelum jiran & temannya menghantar kami ke delta mall
kami singgah di gubeng train station untuk membeli tiket ke bandung
harga tiket eksekutif rp.250000

-selepas itu aku dan sari menuju ke delta mall untuk bertemu dengan CS dari surabaya

-selepas melepak di tony jack kami menonton wayang
harga tiket rp.20000 untuk midnite (murah gila juga)


18 april:

-aku bangun sekitar pukul 12 tengahari

-sementara sari menunggu aku mandi dan mengemas bag dia keluar membeli charger untuk hp aku yang tertinggal di malaysia
(menyusahkan orang betul aku ni!)
harga charger rp.18000 (ya Allah kenapalah murah sangat barang-barang kat indo ni!)

-selepas mandi dan mengemas bag untuk ke bandung
sari membawa aku ke sebuah warung berdekatan rumahnya untuk makan tengahari
harga makan untuk 2 orang rp.32000

-selepas makan tengahari kami melepak di hadapan rumah sari sambil berborak sementara menunggu jiran sari & adiknya untuk menghantar kami ke train station (baik betul jiran dia ni!)

-tepat pukul 4.30 petang mereka menghantar aku ke sana
ikhlas menunggu aku disitu untuk meneman aku sehingga keretapi bertolak pada pukul 6 petang

- semasa dalam perjalanan menuju ke bandung
pekerja keretapi tersebut menghulur aku sepinggan beef steak & air teh
aku mengambil sahaja tanpa banyak soal kerana sangkaan aku percuma rupa-rupanya kena bayar! hampeh betul..
tapi ok lah tak mahal pun rp.32000 je!

-perjalanan dari surabaya ke bandung mengambil masa selama 13 jam


19 april:

-sampai bandung fenny jemput

-bawa balik rumah

-naik kereta iin (sepupu fenny) pergi universiti dia

-makan tengahari (rp.50000) & jalan-jalan dekat ciwalk mall

-lepak cyber cafe rp.40000

-makan malam dekat ciwalk dengan CS bandung

..........

sampai situ sahaja catatan yang aku catat semasa di tanah jawa
lepas tu aku dah 'lost'
banyak sangat perkara yang aku lakukan sampai malas nak update dekat blog

secara keseluruhannya ini juga salah satu antara percutian aku yang terbaik selepas bali
indonesia jarang benar menghampakan aku

..........

untuk bergerak dari satu negeri ke satu negeri aku menggunakan perkhidmatan keretapi eksekutif sepenuhnya
walaupun agak mahal tetapi ia lebih selamat berbanding dengan menggunakan bas
tetapi kalau anda mahu lebih jimat & hendak mencuba sesuatu yang baru
anda boleh menaiki keretapi kelas ekonomi

memang mencabar kerana tiada nombor tempat duduk,
manusia ramai macam celaka (sampai ada yang duduk atas bumbung), orang berniaga sana sini,
bising nak mampos, panas tahap gaban & yang terbaik sekali PENYELUK SAKU!

jadi selamat mencuba ye~



ps, kepada yang memerlukan tip atau nak tanya apa-apa berkaitan indonesia
boleh email atau mesej di facebook

Monday, May 10, 2010

kenapa?

kenapa? KENAPA? kenapa?


ps, kenapa?

Sunday, May 9, 2010

kita sayang mak kita~

walaupun kakya sangat degil
selalu kurang ajar
tak pernah dengar cakap
suka melawan

tetapi PERCAYALAH kasih kakya
sayang kakya pada mak melebihi segalanya
tiada apa yang dapat dibandingkan
hanya nyawa kakya yang menjadi pertaruhan jika mak memerlukannya

mak,
doakan semoga kakya selalu berjaya
sama ada di dunia mahupun di akhirat
dan sentiasa mendapat hidayahNya untuk melakukan kebaikan
amin..



ps, selamat hari 'MAK' mak!

Thursday, May 6, 2010

kamar beradu

kesian laptop pink dell saya dalam bakul
tak boleh guna sebab adaptor rosak
:(


bagpack dilla yang belum nak pulang
jangan marah nokkk


katil & cermin kesayangan~

..........

SIAPA RAJIN MARI BANTU SAYA MENGEMAS!

..........

malam tadi kena tegur dengan ma

"pergi kemas! nanti tak boleh kahwin"

alasan

"belum nak kahwin sebab tu tak kemas"

^_^


ps, nadia bukan pemalas!

Tuesday, May 4, 2010

berhutang

*gambar-gambar di kl sebelum ke perth
*gambar-gambar minggu terakhir di perth
*gambar-gambar & cerita semasa hari anugerah
*gambar-gambar & catatan perjalanan di tanah jawa

insyaAllah akan upload & update entri seberapa segera
harap maaf ye kawan-kawan

..........

untuk rakan-rakan gembira di perth:

dilla, salwa, rai, puteri, PUMPKIN, pang, kodok & mus

apabila melihat wajah-wajah anda di facebook
buat jiwa saya pantas mahu ke sana

rindu korang sangat sangat SANGAT!
sobsob arr
:(



ps, minggu depan sambung belajar~