Friday, March 26, 2010

doakan kami bahagia

kita lihatlah sampai mana kesungguhan kita
kalau gembira jauh pun jadi dekat

..........

bukan nak berahsia
tetapi perlu menjaga
;)


ps, aku rindu kamu!

Saturday, March 20, 2010

mungkin sibuk

teman dari kuala lumpur akan hadir dalam masa 6 jam lagi
dan berada di perth selama 2 minggu untuk bercuti



ps, teruja!

Wednesday, March 17, 2010

100% to riena azneira

because you are my friend
i would do for you all that my heart
my soul and my body are capable of doing

i would cry with you and share your burdens when you are down
i would laugh with you and rejoice with you when you have achieved
i would be there when you want my company and i would be gone when you don't need

but do not expect perfection from me

for the day shall come when i let you down and you will be hurt
it will not be because i desire to hurt you
nor because i do not still love you
but it will only be because i am human and that is one frailty from which no one can escape



ps, not covered

Tuesday, March 16, 2010

kematian hati

bagaimana perasaan anda apabila bekas bakal ibu mertua menelifon hanya untuk mengkhabarkan berita tentang perkahwinan anaknya?

aku kaku seketika
mulut terkunci tanpa dapat meluahkan kata-kata
fikiranku bercelaru
emosi tiba-tiba terganggu

kenapa perlu wujud insan lain dalam perhubungan kami?
kenapa perlu ada pergolakkan dalam percintaan kami?
tidak sucikah kebahagian yang telah kami bina?
tidak ikhlaskah kami dalam menuturkan janji-janji cinta?
atau mungkin akukah yang tersilap menerima maksud sayangnya?

sia-sia segala angan-angan yang telah kami bina bersama
diri terasa hina dengan tingkah-lakunya
betapa murahnya pergorbanan aku pada dia

dan pada ketika itu
aku mengamuk tanpa ada kewarasan diri
menyalahkan takdir atas segala yang terjadi
tidak dapat menerima hakikat kehidupan duniawi
mengharapkan agar cinta kembali bersemi

tetapi apabila dia datang menangih simpati
hati tiba-tiba terasa mati
jiwa mula cuba untuk memahami
tentu punya hikmah yang tersendiri

kini walau sejuta kali dia mengungkapkan kata cinta
tidak sedikit pun hati aku tergugat lagi
bersumpah tidak akan menyesali
malah rasa bersyukur pula atas nikmat ini

..........

wahai kekasihku
maafkan aku kerana menolak cintamu
tangan, kaki, lidah, hati dan fikiranku tidak layak memilikimu
maafkan aku atas kebodohanku
tapi jika aku menerimamu
maka sebenarnya
aku pula yang menanggung kebodohanmu



ps, untuk sahabat!

Saturday, March 13, 2010

semangat!

semalam selamat daftar women gym dekat fernwood cannington
14 hari untuk $14
murah gilakan
kira satu hari satu dollar

memandangkan masa sekarang ini tersangatlah free nya
so memang tak fikir panjang terus sign up

punya 2 minggu untuk bersenam
doakan saya bersungguh-sungguh ye!



ps, sudah terfikir wardrobe baru
:P

Friday, March 12, 2010

cuba gemuk

5 minit sebelum pukul 5 petang tadi aku sempat ber'ym' dengan farid
dia bilang
"sampai kapan pun tetap kan gemuk, jadi sukuri lah
tinggal cari solusi being Big is Beautiful"

dia bilang lagi
"tak boleh macam itu, kau sukuri masih bisa hirup nafas di bumi"

ye aku faham maksudnya

kalau aku berserah pada tubuh aku
bererti aku mudah mengalah bukan?

jujur aku mensyukuri dengan apa yang ada
tetapi aku juga punya perasaan seperti orang lain
perasaan untuk di lihat cantik pada pandangan orang lain

cuba tanya orang-orang sekeliling anda
berapa ramaikah yang setuju dengan 'besar itu cantik?'

jawapan selamat & menjaga hati yang selalu aku terima
"setiap orang punya kelebihan masing-masing"

benar!

sekarang cuba anda jujur dengan diri sendiri pula

mahukah perempuan/lelaki gemuk menjadi kekasih anda?

aku yakin dalam 10 orang pasti 6-7 orang berkata

"tidak!"

kami orang-orang gemuk boleh menjadi sangat sensitif bila isu berat badan diperkatakan
tidak perlu kamu menasihati kami untuk mengurangkan makan
bersenam atau sebagainya
kami tahu bagaimana cara untuk kurus

seharusnya apa yang kamu perlu faham adalah bukan mudah untuk kami menjadi kurus
jangan tipu kalau kamu tidak pernah mendengar ayat

"cakap memanglah senang"

betul memang bukan mudah untuk kami melakukannya
bukan tidak pernah mencuba
tetapi bolehkan kamu mengubah hidup dalam sekelip mata?

secara normal kamu makan 3 hidangan sehari
sekarang bolehkah kamu menguranginya dengan hanya memakan 1-2 hidangan sehari
ditambah pula dengan senaman yang bukan sama sekali menjadi rutin harian kamu

tentu terseksa bukan?

memanglah nak kurus kena berkorban
jangan ikut nafsu makan
selera perlu dikawal

kalau semudah itu semua manusia fikirkan
tentu tidak ada orang gemuk di dalam dunia ini
kan?


ps, rasa sendiri

Thursday, March 11, 2010

yellow mellow

i want either these two yellow heels to be wear on my 9th april ceremony day



or



let's go hunt for a new shoes baby!



ps, another day to wasting abah's money

Wednesday, March 10, 2010

punya pilihan

memang bukan menjadi kerja aku untuk menulis mengenai orang lain
ada yang meminta pendapat untuk memberikan pandangan
tetapi perlu aku tolak dengan sebaik mungkin kerana itu bukanlah kemahiran aku

mempamerkan wajah orang lain dalam memberikan cerita peribadi
bukanlah sesuatu yang tepat
walaupun alasannya adalah untuk memperbaiki
tetapi aku percaya dengan meletakkan contoh sendiri
mungkin ia lebih mulia disisi pembaca mahupun pada sesiapa yang melihat

sebetulnya blog aku ini adalah hasil coretan mengenai aku sendiri
menjadi satu kenangan buat aku bagaimana aku mewarnai kehidupan
biarlah ia tidak semolek mana & adakalanya seperti memalukan diri sendiri
tapi aku sedar anda sebagai pembaca yang waras
yang tahu mengambil positif dari yang negatif
itu sudah cukup untuk menyenangkan hati

jadi jangan minta aku meletakkan persoalan orang lain untuk dijadikan entri
dan jangan tanya kenapa perlu terlalu banyak mengenai aku untuk kamu ketahui
jikalau tulisan aku kamu tidak hargai
kamu tahu jalan keluar sendiri



ps, tidak memaksa

Monday, March 8, 2010

masa sila berlalu dengan pantas

ini entri bosan untuk yang keberapakali pun aku tak pasti
kalau anda-anda yang sedang membaca rajin silalah cari sendiri!

sumpah aku terasa sangat loser hidup di perth kali ini
rutin harian hanya tidur, makan & online
ye di kuala lumpur pun aku lakukan benda yang sama
tapi sekurang-kurangnya aku tak terasa seperti merempat di negara orang
paling tidakpun aku boleh mengaduh dengan ma, buli adik & memekak dengan abu

tadi aku sudah terfikir untuk membuat kerja gila
kerja gila yang akan membazirkan duit
dalam kiraan aku
5 minggu lagi aku akan berada di perth sebelum pulang semula ke kl

pada sesiapa yang belum tahu mungkin terkejut
tetapi itulah realitinya bahawa aku akan pulang ke kl pada 11 april ini

berbalik pada kerja gila
aku bercadang ingin ke melbourne atau brisbane dalam masa terdekat ini selama seminggu

aku belum menetapkan tarikh lagi kerana ini semua bergantung pada keadaan
atau mungkin aku hanya perlu berdoa
supaya wujud keajaiban di perth ini
yang boleh mengelakkan aku daripada terus hidup dalam kebosanan

..........

soalan:
kenapa tidak pulang sahaja ke kl?

jawapan:
hari anugerah universiti bakal berlangsung pada 9 april
jadi aku perlu berada di sini untuk menerimanya

dan juga untuk menyelesaikan beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum aku kembali ke tanahair



ps, ucapkan tahniah!

Saturday, March 6, 2010

tak susah untuk menawan hati saya

selain dari kacak, kaya, bijak, tinggi, baik, beragama & lain-lain kelebihan yang menjadi idaman setiap wanita

aku boleh kecundang kalau lelaki itu

suka senyum
seorang ROCKSTAR
pendiam

ketiga-tiga ciri tersebut cukup untuk menggetarkan seluruh jiwa sanubari aku
& menjadi sempurna jika lelaki itu pandai mengalunkan alat muzik



ps, aku tengah khayal dengan amy search, armand maulana &
yuke sampurna

Friday, March 5, 2010

tersedar

ASTAGHFIRULLAH AL AZIM

tambah lagi satu dosa dalam kehidupan aku tadi
sangat-sangat rasa bersalah

tapi itu mungkin pengajaran buat aku supaya lebih berhati-hati
supaya tahu membezakan yang mana halal & haram

aku dididik dengan sempurna untuk menjauhinya
tetapi tewas dengan kemahuan & nafsu sendiri

maafkan aku


ps, malu sendiri

Monday, March 1, 2010

di perth

selamat sampai rumah pada pukul 6.20 pagi tadi

perth panas gila ok
petang nanti tunggu quros lepas tu nak lepak rumah adam mandi pool


ps, malaysia juga sejuk
:P