Thursday, December 31, 2009

bila mencari pasangan

sejak akhir-akhir ini ramai benar yang berbicara dengan aku mengenai perkahwinan
ada yang bercerita dalam nada gembira dan ada juga yang mempersoalkannya dalam nada kecewa
bagi aku topik perkahwinan ini sebenarnya terlalu subjektif
sama juga seperti cinta
setiap manusia punya pendapat dan pendirian masing-masing
lebih-lebih lagi yang melibatkan hantaran dan sebagainya
mengadakan majlis dalam suasana mewah dan gah mungkin ia satu pembaziran bagi kamu
tetapi tidak bagi mereka yang berduit
dan jikalau bagi kamu 'simple' mungkin meriah pada dia

aku teringat pada masa dahulu
pada ketika aku belum memahami apa itu wang
betapa susahnya untuk mendapatkan duit
aku selalu terfikir untuk melakukan majlis semeriah mungkin
atau dalam erti kata lain 'kemewahan'
mengadakan majlis di hotel-hotel besar bertaraf lima bintang itu sudah menjadi kemestian
tidak lengkap bagi aku jika hantaran itu bukan dari jenama lv, gucci, chanel atau yang sewaktu dengannya
jemputan haruslah dari kalangan vvip
selepas majlis resepsi, 'post-party' untuk kenalan-kenalan rapat perlu diadakan di club atau bar sekitar kuala lumpur!
oh tidak lupa pada kad jemputan
idaman aku untuk membuat dalam bentuk kalendar
aku mahu mereka-mereka yang menerimanya menatap wajah aku bersama suami selama 12 bulan
setiap bulan dalam tema yang berlainan
dan dari sentuhan juru kamera terkenal pada masa itu

ia itu memang khayalan aku
aku tahu aku bukan seorang bintang selebriti mahupun seorang puteri
tetapi apalah gunanya jika angan-anganku sama seperti kamu

aku percaya kamu ketawa ketika membacanya
paling tidak menggelengkan kepala
aku bukan seorang gadis yang lahir dari keluarga kaya-raya
aku juga bukan seorang gadis yang menjadi rebutan lelaki berduit
mana mungkin seorang gadis gemuk seperti aku mampu untuk melakukan majlis sebegitu

memang benar apa yang kamu fikirkan
aku perlu kembali pada alam realiti
mengadakan majlis dalam suasana meriah tentu memerlukan perbelanjaan besar
duit tidak datang dengan sewenang-wenangnya
aku juga punya perasaan simpati dengan pihak lelaki
ok sejujurnya tidak!

ia bergantung kepada dengan siapa aku berkahwin
jika dia dari kalangan orang-orang yang berduit
atau sekurang-kurangnya menerima gaji $18000 sebulan
boleh sahaja angan-angan aku itu dijadikan realiti?
BODOH benarlah pula aku sekiranya mahukan dalam suasana yang sederhana

........

angan-angan kini
untuk tahun 2010 yang akan tiba esok

aku tidak peduli lagi jika punya majlis atau tidak
apa yang aku mahu bakal suami aku itu:
sanggup menerima aku sebagai seorang gadis gemuk
sanggup menerima aku sebagai seorang pelajar
sanggup bekerja siang malam untuk menanggung makan minumku
sanggup menemani aku hidup diperantauan
sanggup bersusah-payah bersama aku ketika sedang menyiapkan tugasan mahupun kerja-kerja harian
sanggup mendengar bebelanku
sanggup mengembirakan aku
sanggup pulang ke malaysia sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
dan yang paling penting
sanggup menyayangi aku hingga akhir hayat
:)


ps, nikah di perth tak perlu kursus kahwin
tidak perlu kenduri besar-besaran
akad nikah disini jom!

........

bagi aku duit hantaran itu adalah satu tanggungjawab sebenarnya
tanggungjawab bagaimana susah bagi suami untuk mendapatkan isteri
ia seharusnya tidak perlu dijadikan bebanan
walau bagaimanapun pihak keluarga perempuan seharusnya memahami pihak keluarga lelaki
seperti yang aku nyatakan tadi ikut pada kemampuan
tidak perlu meletakkan jumlah untuk mendapatkan seseorang
memadai dengan apa yang diperlukan untuk membantu keluarga mengadakan kenduri


selamat tahun baru 2010 semua~

Wednesday, December 30, 2009

visit kak long's day spa

urus budaya day spa & andaman boutique

ps, take a break from your busy life style
and discover your own private oasis
:)

Saturday, December 26, 2009

26 disember

ialah 'boxing day' atau hari 'sales' sedunia (bukan hari tinju ye)
dekat perth ni memang tak seindah yang diceritakan
tak sama langsung macam dekat melbourne atau sydney
sudah la aku tidur pukul 6 pagi
pukul 8 pagi dilla dah kejut suruh mandi
sebabnya ramai orang kata kalau datang awal ada pilihan barang-barang yang menarik
jadi walaupun dalam keadaan mengantuk & sakit pinggang yang amat sangat
aku gagahkan jugalah pergi
'shopping' punya pasalkan
kaedahnya bila sampai sana
apa pun takde
harga masih sama dengan masa christmas
jadi kalau beli awal pun memang tak rugi
dalam banyak-banyak barang yang ada
satu pun tak menarik hati aku
ada yang aku nak takde diskaun pula
katanya 'new arrival'
memang kecewa la kan!
nak balik dengan tangan kosong tersangat la bukan nadia
nak tak nak aku pun memaksakan la diri dengan membeli

quilted bag


kasut bolero

kat bawah ni gambar-gambar lain tapi masih ada kaitan ye!

ini la city


cool gila diorang busking


ps, balik malaysia memang kena 'shopping' sakan la
ma & abah mesti bangga aku tak membeli sangat kat sini
aussie dollar banyak lagi ni wei!!

Friday, December 25, 2009

Tuesday, December 22, 2009

mana jojo saya hilang?

tolong cari dia 'please'


ps, oh mungkin dia sibuk!

Saturday, December 19, 2009

rindu saya sayang saya

selain keluarga mereka adalah nyawa saya











dan tak lupa kamu juga


di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa
kau adalah darahku
kau adalah jantungku
^_^


ps, sempurna..

Friday, December 18, 2009

selamat tahun baru maal hijrah

atas permintaan ramai fadil je sebenarnya
ini dia antara gambar-gambar menarik yang boleh pertonjolkan
fadil kata blog aku sejak akhir-akhir ni makin bosan sebab banyak sangat kata-kata
nampak sangat fadil tidak tahu menilai hasil tulisan aku
tak baik dengki 'nokss' walaupun kau tahu aku sememangnya hebat menulis
;)

paru & limpa yang aku masak pada hari raya haji lepas


ini yang sebetulnya sebab dah jadi rendang
penat juga la tangan aku mengacaunya


hari raya ketiga aku masak sup tulang
hasil sumbangan alep yang buat korban
mewah juga la kami makan daging
seronok geng-geng lelaki datang rumah makan
dengan rasminya kat perth ni aku jadi tukang masak



khamis lepas semangat aku masak laksa
sampai sanggup keluar kelas awal semata-mata nak beli bahan
sebab kedai asia kat sini tutup pukul 6 petang
kalau lambat memang kempunan la aku

laksa ok tapi pedas nak mampos!
dilla tersalah beli cili
kaedahnya berasap-asap la aku makan

................................

pada 4 hingga 8 december lepas
kak ida dan keluarga datang melawat aku
dengan erti kata lainnya bercuti
5 hari 4 malam percutian mereka aku penuhkan dengan lawatan
untuk mengetahui aktiviti-aktiviti mereka sila lihat jadual dibawah:

4 dec
-caversham wildlife park
-perth city
-fremantle
-northbridge

untuk menjimatkan kos sila masak bila berada di'obersi'



koala 'comel' nak peluk tapi takut


lepak bersama kanggaroo~


5 & 6 dec
-margaret river
-kings park
-swan river
-south perth

dekat lavender farm



augusta light house
pertemuaan dua laut
antara 'southern ocean' & 'indian ocean'
jika anda lihat dengan jelas
boleh nampak ombak yang datang dari dua arah bertentangan berlaga
sumpah teruja!


dekat rock jetty margaret river



dekat kings park


dekat south perth


7 dec
-perth city
-harbour town

melaram dengan cermin mata dekat harbour town


ecu tempat aku menuntut ilmu bagi sesiapa yang tak tahu
*ramai yang tanya kenapa aku tak masuk uni of western australia
alasannya course yang aku ambil tak terdapat disitu
sebab itu la diorang hantar aku kat sini


e-lab tempat aku melepak setiap hari
pc ditaja oleh imac

nak tengok gambar lain lebih-lebih sila ke 'facebook' kak ida

................................

pengumuman:
jika anda mengenali nurul ain badruddin
beliau telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.92 kg
di pusat rawatan islam az-zahrah
tahniah ain!
umur 22 dah ada anak
'cool bebeh'
:)


ps, aku tengah bercuti selama 2 minggu bersemperna hari natal & tahun baru 2010
ingat nak balik KL tapi tiket mahal nak mampos!
tak percaya tengok ni:

sila tekan untuk pembacaan yang lebih jelas

ni baru airasia belum lagi m.a.s
dengan harga tiket 3ribu++
baik aku pergi uk tak pun jepun
ukraine pun boleh juga la!
haha~

busuk-busuk pun dapat main salji!
ye tak?!
hampeh je..

Monday, December 14, 2009

katakan tidak pada bikini!

tahap kemalasan & kegemukkan aku sekarang telah mencapai 100%
jadi gadis-gadis di luar sana anda tidak perlu lagi menekankan diri
dan kepada jejaka-jejaka pula 'sobsob' lah anda

dushhh!
macam mana nak pakai bikini kat bali ni?!
erkkk
mungkin tuhan sangat sayangkan saya dengan melarang membuka aurat
;)

oh sebelum itu

kan best kalau semua lelaki macam ni
tapi malangnya dia bukan kekasih aku

jojo u macam ni tak?!


ps, nadia = positif

Saturday, December 12, 2009

tamat riwayat

setelah sekian lama memendam
akhirnya tercapai juga hajat aku untuk membatalkan akaun
'myspace' & 'friendster'
tiada lagi 'nadia yg pelik' dalam senarai rakan anda
cari aku di 'facebook' jika mahu bersahabat


ps, batal akaun sebab dah tak guna lagi Lah..

Thursday, December 10, 2009

terima atau tidak itu masalah anda

aku tak faham kenapa dalam dunia ni ada manusia yang suka paksa orang minta maaf
satu je aku nak cakap
"kalau orang tu betul-betul ikhlas nak maafkan kau dia akan cakap dengan sendirinya tanpa ada paksaan atau ugutan dari siapa-siapa pun"
tak perlu kau meluahkan kata-kata dengan berkata
"aku takkan maafkan kau selagi kau tak minta maaf dengan aku"
wtf kan?!
kalau kau paksa pun dan kalau dia cakap kau rasa apa yang dia ucapkan tu ikhlas ke?
nak ke kau terima?

itu satu masalah

belum lagi kalau orang itu memang dah minta maaf tapi dia tetap tak puas hati
siap meletakkan syarat kau perlu minta maaf dengan cara yang begini
dengan cara yang begitu
wth kan?!
kalau kau rasa ok kau terima
kalau kau rasa tak ok tak payah la terima
tak perlu nak bagi arahan untuk tindakan yang seterusnya
setiap manusia ada ego masing-masing
jangan kau rasa ego kau yang paling tinggi dan orang lain perlu tunduk pada kau

jika ya kau memang orang yang bermasalah

................................

aku tak kisah kalau orang benci aku
aku tak kisah kalau orang sakit hati dengan aku
aku tak kisah kalau orang tuduh aku bukan-bukan
aku tak kisah kalau orang kata aku peniru
aku tak kisah kalau orang kata aku lupa diri
aku tak kisah kalau orang tak maafkan aku

sebab ada korang kisah kalau aku kisah?

maaf jika ada yang tersinggung
dan kalau tak suka atau tak boleh terima
sila tekan 'X' secepat mungkin
jangan baca tulisan aku kalau ada rasa sakit hati


ps, suka atau tak ini memang perangai
nurul nadia mohamad shahrum
anda boleh menilai saya mengikut penilaian masing-masing
sekian terima kasih

Tuesday, December 8, 2009

tak marah mahupun kecewa

maaf agak sibuk melayan tetamu yang datang dari kuala lumpur beberapa hari lepas
kini kembali aktif dengan dunia internet
buat rakan-rakan yang bertanya

'nadia masih bernyawa walaupun hilang 30% dalam tugasan dr. leanne'

tinggal 6 minggu untuk kembali ke kuala lumpur
tinggal 6 minggu 2 hari untuk bercuti ke bali
tinggal 70% markah untuk lulus

persoalannya

tabah & berjayakah saya?


ps, dengan rasminya 1 subjek hilang distinction