Friday, November 27, 2009

selamat hari raya aidiladha

setiap kali aku mendengar lagu ini seperti ada satu rasa lain yang mengalir menusuk tubuhku
aku kurang pasti sama ada lirik atau iramanya yang memainkan peranan
sukar untuk aku tafsirkan dimanakah puncaknya
tetapi yang nyata jiwa aku meronta meminta lagu itu dimainkan berulang kali
dan ketika itu pasti satu kepuasan akan ku capai

benarkan ku tuk berbicara
bicara terus ke hati mu hati mu
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi
tanpa mendengar ku
mungkin mudah
untuk kau terus berlalu
nanti dulu
berikanlah waktu
untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku
mahu kau tahu
aku cinta pada mu
benci pada mu
cinta pada mu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu
aku tahu
engkau tahu apa yang mata ku tahu
apa yang kau tunggu
mahu aku buka pintu?

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedang aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta pada mu
benci pada mu
cinta pada mu

sakitnya aku
membenci kamu
sakit lagi mencintai mu
dan aku pergi
tapi kembali
benci aku mencintai diri mu
ku benci kamu
ku cinta kamu

faizal tahir - bencinta


ps, suka berdrama walaupun orang lain menyampah!

Wednesday, November 25, 2009

mencari..

pernah tidak kamu rasa penat tanpa melakukan apa-apa?
itulah keadaan yang aku alami sekarang
kelas hanya 2 kali seminggu
dan aku punya 5 hari lagi waktu terluang

aku tidak pasti kenapa tuhan campakkan aku dibumi asing ini
tapi yang aku pasti saat & ketika ini
aku selalu membayangkan bahawa aku sedang berada di malaysia
lepak bersama orang-orang tersayang di bukit belacan
atau meng'chia'kan diri di tengah-tengah bandaraya kuala lumpur

aku yakin tuhan sangat menyayangi aku
Dia menghalang aku daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah
paling tidak memberi aku peluang untuk membuat youtube maraton
menonton filem-filem melayu yang di'upload' secara haram
ataupun menilai sejauh mana kemampuan aku hidup tanpa keluarga disisi

tidak malu untuk aku mengakui bahawa aku adalah anak gedik
yang sering mengada meminta itu & ini
jika mengikut kepada pretasi di sekolah mahupun di luar sekolah
sememangnya aku tidak layak sama sekali
tetapi mungkin itu aku namakan rezeki

.........................

tuhan berikan aku kekuatan meneruskan hari-hariku
aku memohon kepadaMu supaya menjauhkan aku dari rungutan
yang boleh meleburkan hati & perasaan ini
sesungguhnya aku tahu hidup aku perlu diteruskan juga disini
-amin-


ps, kesepian selalu melanda apabila teringatkan dia
:)

Saturday, November 21, 2009

kita tak gaduh kan?

jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

....

tak ada orang lain yang nak i melainkan u
i kan gemuk
u lupa ke?
;)


ps, senyum i sentiasa untuk u..

Wednesday, November 18, 2009

kemaskini pantas

aktiviti sepanjang minggu lepas sehingga esok:

khamis - picnic dekat cottesloe beach
jumaat - dinner dekat taka & karaoke
sabtu - slumber party: tengok chermin & paranormal activity
ahad - bbq dekat kings park
isnin - hantar ana pulang dekat airport :(
selasa - pergi memancing tanpa rancang dengan zaquan, danone & fairuz
rabu - pang, danone, zaquan, alip, shark & imad datang rumah makan tengahari
khamis - kelas 9 pagi hingga 5 petang & beli barang rumah

dan untuk hari seterusnya tiada rancangan


ps, seronoknya hidup kalau hari-hari ada benda nak buat..

Saturday, November 14, 2009

bukan semua perpisahan itu menyakitkan

perlu ke air mata menjadi penyelesaian dalam setiap permasalahan?

tadi buat pertama kalinya aku menangis sewaktu berbual dengan japo
menangis bukan kerana berlaku salah faham diantara kami
tetapi menangis kerana aku menjadi terlalu sensitif
menangis kerana japo terlalu lembut dalam mengawal emosi aku

selama kami bersama tidak pernah ada pergaduhan yang berlaku
bukan aku tidak pernah cuba untuk membangkitkan kemarahan dia
tetapi setiap kali aku melakukannya aku tewas
aku lemah dengan setiap bait kata yang keluar dari mulut dia
gayanya, lagaknya terlalu tenang
seolah-olah aku ni bukanlah cabaran langsung buatnya

aku sedar mungkin kisah lampau menjadi pengajaran
mungkin kisah lampau banyak mengajar dia apa itu erti perhubungan
perhubungan perlu dikawal dengan kesabaran
bukan dengan kekasaran yang menyakiti hati dua pihak

oleh kerana itu aku mengerti jikalau jodoh bukan buat ku
akan aku simpan kenangan dia menjadi memori yang paling indah
dan jikalau dia adalah jodohku
ia mungkin adalah anugerah tuhan yang terbaik sekali


ps, kematangan kamu benar-benar mendewasakan aku

Friday, November 13, 2009

bukan senang menerima realiti..

baca & renung sejenak..

contoh 1:

aku yang buat semua perkara ini dahulu. aku yang hidup lebih lama dari kau. aku melalui setiap masalah ini dahulu dari kau. aku tahu mana yang buruk mana yang salah. kau yang suka bersepah. kau yang suka bising. suka guna barang orang. pemalas/pengotor. kawan-kawan yang dengki dengan aku. kawan-kawan yang sememangnya mempunyai masalah dengan aku. aku yakin aku benar. aku yang suka dengan benda-benda ini dahulu. tetapi kau hanya mengikut dan meniru tingakahlaku ku!

realitinya?


contoh 2:

hey! orang kaya sahaja yang boleh melancong ke luar negara. orang kaya sahaja yang boleh guna barang berjenama mewah. orang kaya sahaja yang mampu buat apa sahaja yang mereka suka. kau apa ada? baru nak senang sedikit sudah berlagak. memang tak sedar diri!

realitinya?


contoh 3:

dulu sewaktu aku muda aku nakal, liar, suka melepak. kurang ajar itu memang sudah jadi sebahagian dalam kehidupanku. tetapi dengan izin tuhan aku berjaya merubah diri menjadi elok. ibu bapaku masih menganggap aku seperti dulu. dalam keluarga aku yang paling celaka walaupun aku yang menjaga/mengambil berat hal mereka. aku atau merekakah yang bermasalah?

realitinya?


contoh 4:

kat sekolah dulu kau bodoh, bukan antara pelajar cemerlang. dengan kelulusan yang biasa-biasa dari aliran sastera tak mungkin kau akan lebih berjaya dari ku.

realitinya?


contoh 5:

aku yang paling cerdik dibandingkan dengan adik-beradik. mereka tak layak mendapat sebarang kelebihan/pemberian daripada ibu bapa. Segala yang ada perlu mendahului persetujuan daripada aku dahulu.

realitinya?

yang manakah anda?

adakah mereka benar-benar salah
atau
kamu itu yang selalu bersikap prejudis


ps, manusia sememangnya bermasalah..

Tuesday, November 10, 2009

sakitlah pulak..

tapi alhamdulillah dah baik!

saya dimasukkan ke sir charles gairdner hospital semalam kerana migrain
muntah sampai 8 kali
selepas dimasukkan air & makan ubat lega sikit
then sebelum balik tadi doc buat scan kat kepala
pastu inject kat bontot!
sekarang getting better & better
:)

terima kasih buat dilla yang hantar saya ke hospital
&
untuk ana pula
saya sungguh terharu kerana kamu sanggup ke sana ke mari bersama saya dan bekas muntah

syukur dapat teman serumah macam korang
sayang sangat~


ps, bila dah sakit macam ni terasa sedih sebab
berjauhan dengan keluarga
selalu ada ma..
sobsob~

Tuesday, November 3, 2009

ambik ko sekali update terus panjang!

ok sebenarnya aku takde mood nak update blog pun tapi aku sakit hati tengok blog ni macam dah bosan je. aku sekarang ni tengah tahap-malas-gile-nak-mampos! bukan takde kerja nak buat. ada je tapi terlebih banyak so aku taknak buat sebab masih dalam mood cuti~

khamis ni aku kena submit 2 assignment yang haram jadah sampai sekarang aku tak tahu macam mana nak buat & aku tak mula satu apa lagi pun. hari khamis tu juga aku ada mini test. mini test je pun satu topik je kot so chill la tak yah nak stress2 sangat! aku bukan taknak stress macam orang lain tapi aku memang tak reti! aku bukan jenis pelajar yang "oh sorry aku tak boleh keluar la sebab aku ada exam/test/asgment nak kena buat" that is totally so not me ok! bagi aku dah nama pun kehidupan mestilah ada up & down. so kalau nak stress2 sampai mati la hidup kau akan stress sebabnya lepas belajar akan kerja pastu kahwin pastu beranak & sebagainya so sila bagitahu aku bila masanya korang tak stress?!!!

so jalan terbaik ialah 'sila hidup dengan tenang!' if korang rasa apa yang aku cakap ni boleh pakai ikot la sebab aku menang jenis yang suka buat kerja last minute sebab aku tahu walau macam mana haram pun kerja yang aku buat tu yang penting janji siap & submit on time. alhamdulillah selama ni benda yang aku lakukan/markah aku semuanya ok. mungkin rezeki menyebelahi aku & aku harap ia akan kekal buat selama-lamanya
amin..

jumaat lepas aku dan housemates pergi membuang duit & waktu ke pusat karaoke. kat perth kalau setakat nak karaoke nyanyi lagu melayu memang takde masalah! so besties hidup saya seperti anda juga walaupun saya jauh diperantauan & hidup tanpa kalian semua tapi saya tetap boleh menyanyi lagu berdiri bulu romaku & senggol-senggolan~

oh ye untuk makluman semua aku dah pindah rumah so korang takyah risau dan boleh senang hati sebab aku dah tak duduk serumah dengan lelaki/jantan lagi. aku mendapat hidayah untuk keluar/pindah rumah selepas ada sorang mamat ni thru ym kata "bukan i yang kata dosa tapi Allah s.w.t" so aku terkaku jari & tangan tak boleh nak type apa-apa sebab memang betul pun! jadi sekarang ni housemates aku memang semuanya perempuan. kelima-limanya perempuan dan buat masa kini aku sangat gembira hidup bersama mereka
tapi tak tahu la pulak kalau diorang boleh menyamar jadi lala or fadil tiba-tiba tukar jadi tomboy/pondan!
haha :P





nasib baik chia tak kurus nokk
kalau tak confirm jadi model t.v!



ok sebenarnya aku tak reti bergambar tutup mulut
kalau tutup mulut mesti mata jadi super besar

contohnya macam ni

sumpah pelik muka aku weii
dilla pun kata lain


tengah semangat bergoyang inul~

&

ini kasut baru beli
comel
mula-mula tengok harga $39.90
pastu kata ada sale $19.90
sekali bila bayar kat cashier jadi $9.90 je!
please la hari-hari sales macam ni
huaaaaweiiiii
seronok sangat okeh~


31 oktober adalah hari perayaan hantu atau dengan erti kata lainnya halloween so aku sebagai seorang manusia yang memang gemar berparti telah menghadirkan diri bersosial bersama-sama orang putih! aku join CS perth group sebab salah seorang ahli tu host party untuk malam tu
ia bertempat di farm ye bukan kelab malam! so kiranya bercamping la aku malam tu dengan bertemankan sleeping bag pinjam & bantal biru kecil yang aku rembat dari m.a.s.
sejuk gile wa cakap lu dah la angin kuat nak mampos memang tak tenang pagi tu aku tidur tapi memang tak tidur pun sebab parti habis pukul 5 pagi
aku je yang masuk khemah cepat sebab tak tahan semua orang dah mabuk
pape pon aku memang tak minum ye sentuh je tapi tak minum
tak percaya sudah!

parti malam tu sangat best tapi yang aku frust boleh pula aku bawa kamera tanpa bateri!
dah macam mana pula kamera nak beroperasi tanpa baterikan?! bodoh betul
padan muka aku!
so kiranya aku just harapkan orang-orang putih yang ada itu untuk meng'upload' gambar secepat mungkin kat facebook

malam tu aku takde la bergaya sakan dengan memakai kostum
sebabnya tak ingin la aku nak bazir duit sewa kostum
baik aku beli dress yang memang aku boleh pakai hari-hari
lagipun aku akan hidup kat perth ni lebih dari 4 tahun
so kalau setakat halloween party ada lagi tahun lain aku boleh pergi
jadi tak payah la nak teruja sangattttt


khemah daniel yang aku tumpang tidur sama


ni time diorang tengah bersiap-siap
mamat yang berbungkus dengan tisu tu telah mencemarkan aku dengan red wine
boleh pulak tertumpah kat kaki aku
hanjeng betol!


dengan tjasa
dia salah seorang teman rapat aku kat perth ni



mamat yang nak makan aku ni sumpah scary!


senyum ngeri dia jadi


sebahagian manusia yang datang




mamat tengah tu nama demie
dia boleh bercakap dalam bahasa melayu!
dah la hensem
sentap i u allss
:P



ps, sila baca & tengok tanpa ada rasa perasaan menyampah atau hasad dengki ye!
haha~