Wednesday, October 28, 2009

tahniah nadia!

semasa majlis konvokesyen di universiti malaya pada hari sabtu lepas
(24 oct 2009)
antara gambar-gambar yang ada
tu pun sebab aku lalu depan orang yang kenal
balik cepat sebab ma tak larat panas
nyesal pula aku tak drive sendiri
jadi tak banyak la kenangan aku
"takpe la yang penting transkrip"
(ayat kunun tenang jiwa)



time raptai dengan kakak-kakak yang memberi inspirasi
dah kahwin beranak pinak pun rajin lagi nak belajar
kagum aku wei


seorang diri tanpa kekasih
lain kali jangan bercinta dengan orang jauh
padan muka kat diri sendiri!


dengan ma


de only abang yang aku ada
cham sebenarnya tak gemuk
tapi aku tak tahu pehal perut dia macam tu
sebab baju kot..


dengan kak ju yang sengal
:P


classmates ku yang berbangsa cina


dengan kak nita


tetiba aku datang menyibuk masuk group orang
haha~


oh! sungguh bosan waktu ini
sedang menunggu giliran
tak perasan yang minah india tu pun nak bergambar jugak
kalau aku tahu aku pelawa dia sekali


ini dia pintu gerbang um bagi sesiapa yang tak pernah datang
:)


nak tengok kad matrik aku?

masa ni berat badan aku 90kg
gumuks gila wa cakap lu
sekarang ni masih gumuks
tapi dah kurus sikit la
sikitttt je
:P


ps, lagi 3 tahun la aku merasa pakai jubah balik
doakan ye!
amin..

Tuesday, October 27, 2009

semester 3

sudah di perth sekarang
selamat belajar sehingga 22 januari 2010


ps, buat teman-teman meroyan di kl
"chia berhenti rehat buat seketika!"

Thursday, October 22, 2009

makanan laut

kaedahnya sampai juga akak ke pantai jeram, kuala selangor
dekat sebulan menyebut nak makan seafood
nasib tak kempunan
dah la tinggal lagi berapa hari je nak balik perth
sobsob~

pape pon terima kasih la kawan-kawan kerana rajin melayan kerenah nadia gorgeous
nasib la korang dapat 'chia' yang banyak songeh ni
lepas ni takde dah dengar 'doh!'
:P

yang dimakan pada malam itu:

ikan siakap 3 rasa
ikan siakap kukus limau
terubuk bakar
pari bakar
udang goreng butter
ketam goreng cili
sotong goreng tepung
kerang bakar
tomyam campur
kailan goreng
kangkung goreng belacan

jumlah: rm 345


babe mata tak yah kecik sangat la!
haha~


sebahagian daripada 13 orang


gambar kenangan dari ijan


kerang pon pandai hisap rokok!


terubuk bakar


udang goreng butter


ketam goreng cili
sangat lazat


sotong goreng tepung


siakap 3 rasa
sedap


siakap kukus limau
tak sedap langsung!


permulaan


tamat


ini gambar betul ye!
takde edit2nya
nyah perut takleh cover dah ke?!
kah3~


cia & jejaka


posing kat papan masuk yang tak nampak tulisan
hampeh je


ke'kenyang'an


keseluruhannya aku bagi 3/5 bintang jela untuk restoran ni
nak kata sedap sangat pon tidak
jauh memang terbaik la
kalau jenis yang suka jalan-jalan cari makan
boleh la datang ke sini
:)

.............................


oleh kerana ketiadaan bf nak hadiahkan aku donut
ma orang yang paling tepat untuk membayarnya


mengikut uji rasa tekak aku
jco masih menduduki carta terbaik kalau nak makan donut
krispy kreme ni takde la sedap mana pun
walaupun ramai aku dengar orang sampai sawan nak makan donut ni
sedap sangat katanya
pedoah je!

.............................


the manhattan fish market restaurant

abang ni tengah bermain api


sebabnya nak bakar lobster
harga sebekas rm 99


ikan barramundi dengan sos sambal
rm 31
ini kegemaran saya!



ps, esok & hari seterusnya menjadi sangat sibuk
walaupun belum lagi nak exam ye!
ngeh~

Sunday, October 18, 2009

tutup sudah rumah terbuka

ni je antara gambar yang sempat diambil tadi
lepas tu dah malas nak petik camera
sebab ramai sangat tetamu datang
majlis patut berakhir pukul 12 tengah malam
tapi pukul 2 pagi pun masih ada
so penat dia faham-faham jela!




sebahagian daripada makanan yang ada




hussein tukang kebun ma jadi mangsa






char kway teow hanya akan dimasak apabila diminta
chef dijemput khas supaya menjaga kualiti masakan & rasanya
(char kway teow bila dah sejuk tak sedap k!)


kalau tak suka basah boleh minta yang kering
:)












antara tetamu yang wajib datang!


makanan semua ma tempah
kecuali spaghetti kak long masak
kambing pon dia juga yang perap

aku?

goyang kaki & mengarah bibik
:P


ps, tinggal lagi sehari je raya
ahad depan dah nak balik perth
cepatnya masa berlalu
takpe tak kisah
sebab dah rindu orang disana
kesian dia kan
;D

Wednesday, October 14, 2009

bowling & lain-lain

sabtu lepas selepas beraya sakan (open house) kami pun memulakan aktiviti sosial kami secara sihat
ini pun selepas diajak/paksa oleh ijan & the geng
kalau tak reti pulak aku main bowling kan
seingat aku kali terakhir aku memegang bola bowling pada tahun 2005
punya la lama
masa diorang ajak main tu ada juga perasaan malas-malas
sebabnya mesti aku akan mejadi orang yang terakhir dalam mengumpul markah
sekali tengok-tengok aku menduduki tangga yang ke 4 daripada 6
dan pemenang pada malam itu ialah fadil
itupun kira nasib jekkk
:P

sila lihat gambar sebagai bukti yang kami sangat gembira pada malam itu












..................................

selebihnya gambar-gambar hari lain


fadil cakap aku seperti wanita bekerjaya yang berjaya
berjaya keee?!
haha

bersama kereta kesayangan
hadiah terbaik yang pernah aku dapat ok
bersemperna harijadi yang ke 21
tahun lepas


dengan lala



shopping kain kat jackel jln tar
bukan nak kahwin ye
tapi nak buat baju untuk konvo di um pada 24 october ini
alhamdulillah

jadi kawan-kawan yang mana ada masa terluang tu sila-silalah datang ke um ye
pada hari sabtu (24 oct)
pukul 10 pagi
bertempat di dewan tunku canselor um

mari sambung master selepas ini
:D


ini gambar bermuka pelik yang di kandid oleh lala


bersama cikgu abidah
masa ni aku dan cikgu ke hospital serdang melawat cikgu fadzillah sirat yang terlantar akibat virus H1N1
selepas sedar dari koma selama sebulan lebih
beliau kini semakin pulih
tapi keadaannya masih teruk
alhamdulillah cikgu sekarang dah boleh bersuara tapi tak berapa jelas
nak dengar suara dia pun kena ambil masa
cuma yang aku bersyukur sangat dalam keadaan dia yang sakit tu
dia masih mengenali aku
siap sebut nama aku lagi
:)

jadi pada kawan-kawan yang mengenali cikgu
silalah melawat beliau di hospital serdang tingkat 7 wad 7b



gambar yang kat atas tu raja tengah cek kereta
tiba-tiba pulak tak boleh hidup enjinnya
dah la pukul 3 pagi
nasib baik ok selepas raja buat apa ntah
dah la raja dah tidur masa tu
nasib dia angkat telefon

saya selalu susahkan hidup awakkan
malang la awak dapat kawan macam saya
sorry sangat-sangat

inilah akibat daripada merebat kereta orang tanpa pengetahuan tuan punya kereta
lain kali sila pandu kereta sendiri ye
pengajaran!

sekian
terima kasih~


ps, semalam buat tiramisu
nanti aku letak gambar & resepinya