Saturday, February 28, 2009

dah sampai!

selamat tiba di perth pada pukul 4.00 pm tadi
:)

ps, semoga berjaya nadia!
jangan nangis2..

Friday, February 27, 2009

selamat tinggal!!!

pergi ke perth bermakna aku meninggalkan:

keluarga
teman
violin
KERETA!
tilam/katil/bantal
dan yang paling rugi..
segala kemewahan & kemudahan yang mak abah bagiiii
sobsobsob :'(

tak pela aku pergi pun sebab nak belajar..
1st time hidup berjauhan dengan keluarga.
tak penah rasa perit hidup sendiri
dulu sibuk konon nak sekolah asrama
nak duduk hostel.
sekarang ambik ko
lepas ni 100% kena berdikari
padan muka!
tapi aku YAKIN aku BOLEH!!!
:)


ini antara mereka2 yg sgt2 penting dalam hidup aku

keluarga:

ma
abah
adik-beradik
nek/wan
pacik-macik
sepupu-sepapat
sedara-mara

...

3 kakak kesayangan:

kak ana
kak ida
kak nana

...

teman-teman:

fae
fadil
kiela
apo
baya
ckin
riena
sarina
nisa
lala
riki
lynn jj
lynn law
nadia labuan
ejump
faiz
jay
aman
farhana joni
raja
aimi
bella
nana
farah
seri
aisyah
wawa
lia
putri
haris
adam

...

yg sangat jauh tapi aku rasa dekat:

sabrina @ sha
tobey :)

...

semua kenalan di:

seri indah
ask@aswara
u.m
yamaha
facebook
friendster
myspace
blogger
atau kat mana2 la

...

juga pada:

SERDANG HEBAT
sejujurnya kenangan bersama korang tak pernah padam dalam ingatan aku!


saya mohon maaf pada semua..
harap dapat halalkan segala makan minum jika ada.
hanya satu yang saya pinta doakan yang terbaik buat saya ye!


ps, minta ampun kalau ada nama yang tidak tersenarai
u know who u'r right?! :)
saya sayang kamu semua~


SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR
SELAMAT TINGGAL MALAYSIA
SELAMAT TINGGAL SEMUANYA!!!
selamat tinggal mchs juga...



bajet macam tak balik langsung dah! haha :P

Tuesday, February 24, 2009

taknak pergi!!!

aku confirm pergi PERTH pada 28 Feb 2009
flight : 9.40 a.m @ klia
so pada sesiapa yang nak hantar or nak jumpa make sure ada kat klia pukul 8 pagi ok
:)

ps, aku dah inform kat sini.
jangan kata aku tak bagi tahu pulak!

Thursday, February 19, 2009

aktiviti baru :)

isnin lepas 1st time dalam hidup aku g parlimen. pada mulanya sangat la malas lebih2 lagi ma kejut aku pukul 6 pagi semata2 sebab nak suruh teman dia g sana. dh la aku baru tido time tu but nak tak nak kena la g gak sebab ma dah buat ayat-ayat sedih (bkn ayat2 cinta ye :P) aku pun bersiap la dgn sesimple mungkin, berbaju kurung biru ke'purple'an.

tepat jam 7 pagi kami pon bertolak sebab abah takot traffic jam dan memang tepat pon jangkaan abah jalan punyala maut jam. aku duduk sebelah abg faizul driver abah. aku tengok dia cam serabut je. dalam hati aku bole gila gini kalau hari2 ngadap jam mmg sawan wooo. btw aku nak promo abg faizul jap. dia ni muda dan handsome. kalau dia anto aku g class dulu masa kat aswara semua classmate aku sawan jerit2 panggil nama dia. kadang2 ada orang ingat dia ni bf aku. ada macik kurang sihat plak ingat dia ni laki aku. ko mental apa?! huhu~ so if sesiapa nak abg faizul sila beritahu aku ye :)

berbalik pasal parlimen.. kami sampai agak awal & antara tetamu pertama gak yang ada kat situ (bapak semangat dol!)
abah chow g breakfast tinggalkan aku dgn ma. ciss~ mula dia kata nak g tandas je pastu dia kata dia nampak kwn dia kat club so terus la lepak tanpa meng'inform'kan kami.

sementara menunggu abah & tetamu lain, aku sempat main camera tangkap2 gbar aku sambil dengar gossip2 ma.

dalam 9 lebih, ramai dah mula sampai ini termasuk la geng2 ma. semua bajet2 mak datin. haha. aku? haaa. memang makin bosan tahap gaban la kat situ! diorg bergossip mana aku nak campur. sepatah haram pun aku tak paham kot. teringat balik cite datin dairies yang pernah tayang kat tv3 dulu. memang sebijik seyh!

part yang agak mengejutkan aku bila tgk wakil2 bn & pr. baik je diorg beramah mesra. tak mcm yang dikaborkan dalam berita & surat khabar tu langsung!! diorg boleh salam peluk2 lagi. mengalahkan jumpa sanak saudara plak. abah boleh siap betulkan pingat2 diorg plak..

aku ingatkan diorg akan masam2 muka & tak bertegur sapa. yela mcm time skola dulu kalau dah nama pon musuh mesti jeling2kan. usahkan tegur.. nak senyum pun jangan harap la. satu yang aku belajar, mereka sangat la profesionalnya!!!

tepat pukul 10 pagi agong pun sampai & bermula la upacara rasmi seperti kawad hormat, pancaragam yg aku sangat excited, nyanyi lagu negaraku dan tembakan meriam 21das tanda pembukaan rasmi penggal kedua parlimen ke 12.

lepas tu semua tetamu & ahli parlimen masuk ke dalam dewan utk dgr titah ucapan agong pulak. bapak la bosannya time ni. aku dah la mengantuk bagai nak gila dgr plak ucapan yg berjela2. aku tgk semua org kat situ pon bosan. terus terang aku cakap aku tak terima apa2 informasi pun time tu. yang aku tahu mata aku melilau pandang sana sini. 1st time kot msk dewan rakyat for sure la excited. dalam pada tu sempat juga aku curik2 snap gambar dan selepas itu aku kena tegur. kerek ah akak tu! tak puas hati betul aku!!!!

dan yang last sekali for sure la acara makan2. time ni la korang boleh tengok ahli2 parlimen beramah mesra tak kira parti, sama macam yang aku citekan tadi.

aku nak gak ambik gambor karpal singh. tapi aku takot ahh. nanti dia kata "jangan main-main ambil gambar saya arr!" tak pasal2 kena saman plak kang. hoho :P

TOBEY I DAH CKP NGAN MA I.. DIA KATA MARILAH IKOT :)


khemah agong, pm & tpm


khemah ahli2 parlimen


pancaragam tentera darat kem sg besi


ahli2 parlimen mula msk dewan sebelum loceng berbunyi
(macam kat sekolah pulak ada loceng!)



candid2~


ps,

tadi aku ngan ma saja je g london weight management sebab bosan duk kat rumah.
aku plak mmg dgn rasminya dah jadi penggangur terhormat dan bukan pelajar um lagi.
korang nak tahu berapa dia charge utk 40 kali datang?
jumlahnya ialah RM 16570 ok!!!!!
kalau confirm kurus takpe gak
ini boleh bayar buat muka beli kereta tu wooo
xpun cukup utk aku jelajah euro selama sebulan lagi.
hahaha ;)



aku tak sure ma nak ambil program tu ke tak
tapi yang pasti ma hadiahkan aku ubat diet yg berharga RM 570 utk 15 hari makan~
sgt la mahal bagi aku yg masih belum bergaji ni lagi!!
kalau aku tak kurang 10kg dlm masa sbln seperti mana yg diCONFIRMkan
mmg aku potong lemak aku tampal kat mulut amoi tu!

tak lama nanti kurus bagai senorita la aku!
gagaggagaggagag~
AFTER NI ABG ZAINAL TAKDE PELUANG DAH NAK EJEK NAD MCM PAVILION LAGI
:PPPPPPPPPPPPPPPP

maaf gambar di parlimen banyak yang tidak boleh disiarkan
itu koleksi peribadi keluarga kami sahaja
harap anda paham :)

Sunday, February 15, 2009

banyak la ko punya baby!



aku rasa cam nak tikam2 je budak ni.
kalau budak ni anak aku memang aku pijak2 lepas tu kurung dalam bilik yang penuh dengan poster2 baby! muahahhahaaa~

Tuesday, February 10, 2009

apa-apa je..

5/2/09

keluar dinner dengan ma kat putrajaya.
ma tengah on phone tapi tak sure ngan siapa..


6/2/09

aku bakar 5 keping pizza.
masa mula2 buat semua kata banyaknyaaa
sekali dah masak licin~


yang ni aku tak tahu apa..
ada tepung lebih pizza
aku pun campur dengan vanilla, telur dan shortening
hasilnya jadi ini!
sedap gak sebab ranggup :D


7/2/09

tetiba rasa rajin nak bakar blueberry mini cheesecake
dah jadi fav. syafiq & abg cam


9/2/09

keluar buang masa dengan fadil & kiela kat alamanda


pastu buang duit pulak sebab terasa kasut ni cantik
erkk.


balik dari alamanda terus jumpa mek semah!
hahaahha
si rina yg comelllll~
I WANT MY BABY!!!!


ps, hari tu ym ngan ckin pastu sibuk main webcam.
then tiba2 aku buat surprise kat dia.
nak tahu apa surprisenya???


tadaaaaa!!!!


gagaggagagga
takde la surprise pon
tapi saja je nak tunjuk kat ckin yang nadia pun boleh bertudung k!
lallalallalallalalaa
tapi sorry ckin aku tak pakai tudung time lepak kat anjung
sebab belum bersedia la..
lagi pun mak aku kata nak pakai tudung janji main2
nanti dah sampai seru aku pakai k!
ko doa2 jela..
sabrina cantik tak?!
ala2 muslimah sejati gituuuu
auuuwwww~
:P

Friday, February 6, 2009

saya hot bukan cute~


Describe the person who gave u this award:

alia yang bagi. baru je kenal dia. tu pon melalui blog. nanti kita jupe ehh. bole merapatkan silaturrahim.. one thing about alia ni dia bakal jadi doctor! so lepas ni if sakit demam2 ke boleh la jumpa dia mintak ubat free. kalau dia bagi m.c sekali lagi best~
nak describe pasal alia susah sebab tak pernah jumpa tapi apa yang saya tahu dia ni rajin jogging,
pergi hiking.. n lagi satu dia ni PANDAI
so alia teruskan la kepandaian mu itu. all de best in ur life k :)
xoxo

Describe yourself - 10 facts/ hobbies:
  1. suka benda2 seni
  2. GILA LAUT/PULAU
  3. suka tulis puisi
  4. suka shopping
  5. suka lepak
  6. BANYAK CAKAP!
  7. suka masak/bakar -membakar
  8. kumpul perfumes~
  9. suka buang masa
  10. PEMALASSS
hahahahahhahahahahaha

Nominate 3 of your friends/bloggers:

  1. azizul
  2. baya
  3. sabrina
ps, alia yang kata saya hott. bukan perasan
lallalalallaaaa :P

Thursday, February 5, 2009

amaran!

jangan marah kalau budak kecik belagak jadi orang tua
sebab..
orang tua pun selalu berperangai macam budak-budak!

Wednesday, February 4, 2009

jangan tanya

kenapa nak kena ada pergaduhan?
kenapa nak kena ada pertelingkahan?
kenapa nak kena ada musuhan?
kenapa nak kena ada masam-masam muka?
kenapa nak kena ada mengamuk-ngamuk?
kenapa nak kena ada tangisan?

iya saya tahu saya tiada hak.

itu memang adat berumah tangga.
itu memang adat bercinta.
itu memang adat berkawan.
itu memang adat peperangan.
itu memang adat berpolitik.

kalau tidak tahan jangan masuk campur
kalau tidak tahan pedulikan mereka
kalau tidak tahan pergi bawa diri

kenapa? kenapa? kenapa?

lelaki jangan gatal kalau dah tahu ada isteri.
lelaki jangan gatal kalau dah tahu nak kene maki.
lelaki jangan marah kalau dah tahu kesalahan sendiri.

tapi kenapa nak buat juga?

nama pun manusia..
mana pernah tak ada kesalahan..

malam takkan pergi kalau siang tak memanggil
hujan takkan turun kalau panas ada
senyum takkan pudar kalau sedih menangis
marah takkan ada kalau takda yang menyakiti!

Monday, February 2, 2009

mari belajar memasak bersama nadia!

ye puan2 & tuan2 sekalian (adik2 pun boleh) resepi kita untuk hari ini ialah udang goreng mentega nestum :)

bahan2 yang diperlukan ialah:



1. udang



2. telur
3. mentega
4. tepung beras
5. susu cair

campurkan semua bahan tersebut dan kacau rata..



sebelum goreng gaul udang dengan

6. garam
7. lada sulah

kemudian goreng setengah masak.
angkat dan toskan minyaknya.



panaskan minyak dan tumiskan

8. bawang putih
9. daun kari

masukkan semula udang dan bahan campuran tadi.
goreng hingga garing.
matikan api.
akhir sekali taburkan nestum.
kemudian gaul rata.

lepas tu...

jeng jeng jeng



yeay! dah siap~
bersedia untuk makan!

selamat mencuba :)