Saturday, January 31, 2009

di 'tag' oleh lala

1. apekah yang anda mahu kan sekiranya anda seorang perempuan cantik?

-mesti la nak jadi pintar. pretty with brain itukan lebih menarik :)

2. kalau anda seorang jutawan?

-beli penthouse dan sport car

-berbelanja untuk orang yg tersayang

-tak henti2 shopping dan terus shopping :P

-melabur~

-derma pada yang memerlukan

3. kalau anda mother teresa?

-berharap supaya diberkati oleh allah swt dan terpilih untuk berada di syurga

4. penulis kegemaran anda?

-semestinya ramlee awang murshid

5. makhluk2 yang di tag!

-tak nak tag siapa2.

selamat pengantin baru ain!

alhamdulillah akhirnya ain selamat dihijab kabulkan dengan abg zaki di masjid serdang jaya selepas asar petang tadi. suasana yang ringkas cukup untuk memeriahkan majlis. jelas terpacar sinar kebahagian pada wajah masing-masing.

susah la kita nak keluar sama2 macam dulu lagi kan ain :(
kejap je masa berlalu...


dan sebagai kenang-kenangan..

sampai2 je terus kacau ain


hampir siap :)


tak pasal2 aku diberi tugas bawa pengantin ke masjid.


amacam?! jadi tak gaya dato' siti aku?
:P


acara batal air sembahyang


:)


adegan wajib


tapi aku lebih gemar yang ini!


nilah adik abu dalam kami the movie.
nana adik bongsu ain.
bakal ganti fasha sandha k!


niesa.nana.nadia


bersama pengantin


dan yang penting..

ps,

aku fikir selesai hari ini
tetapi tidak...
apakah kerana tak sampai hati
atau hanya kesian yang memenuhi
perlukah simpati?

Thursday, January 29, 2009

tiada tajuk

aku tak paham pehal ngan aku skang ni.
dulu punya la susahkan
tapi masuk ni dah 3 kali aku hilang barang.
yang peliknya semua barang yang hilang tu aku jumpa balik
melainkan perfume aku yang mmg sengaja orang tu ambik.
cilakak btol!!!!

1st aku hilang wallet kat bukit cahaya.
then jumpa balik sebab ada aunty cina bagi kat driver bus
dia bagi tau pon sebab aku terserempak ngan dia kat rumah 4 musim
penat gak la aku time tu g tahan semua shuttle bas yang ada kat bukit cahaya

2nd time kat jakarta.
tak perlu la aku nak bagitau lagi.
sebab aku dah cite pon kat post yang lepas.

dan yang terbaru masa kat kelab tasik putrajaya.
serius aku tak perasan pon yang walet aku hilang
aku sedar sebab abah call pagi2 buta tanya aku keluar ke semalam
aku pon dalam keadaan mamai jawab la "iya"
ingatkan dia nak bagitau aku yg kwn dia nampak aku ke
(mana la tau ada yg nak buat menantu.. :P)
tapi rupa2nya dia boleh kata
"g ambik wallet kat kelab, orang tu call abah tadi.. tertinggal katanya"
aku macam hah?! erkk.
mula2 pelik la jugak.
macam mana plak orang ni tau no hp abah aku kan
rupanya ada name card abah aku dalam tu
mujurlah ada :)
(nasib dia tak call mchs, sebab dlm tu pon ada kad mchs jugak..)

tadi aku chat ngan tobey.
pelik dia kata kawan2 aku banyak yang terbabas
hahhahahahha~
babe kalau u lepak ngan kawan2 i
sure u tak heran kalau diorg terbabas :)
pape pon syukur aku tak..
(btw mana u tau i xpernah tbabas?! u'll never know baby..)

semalam aku tengok maut kat mid.
memang bagus la filem tu
aku syorkan orang2 yang spesis atau pon perangai cam aku g tengok cite tu.
memang boleh bagi insaf pon
and if tak insaf atleast bolehlah sedar sikitkan
aku pun lepas tengok cite tu terasa cam nak pakai tudung.
tapi pagi tadi bila aku bangun tido takde plak rasa macam tu
mungkin belum sampai seru lagi kot...
ye2 je aku ingat aku macam ekin.
lepas pakai tudung boleh la kawin ngan laki kaya cam mawi
hihi :P

apa2 pon aku tetap berdoa supaya aku mendapat hidayah
dan yang penting berubah ke arah kebaikkan!
umur makin tua.
mati pon bila2 masa je boleh
paling tidak biarlah aku kembali ke pangkal jalan..
& bertaubat sebelum malaikat maut datang menjemput.

nadia ingat solat jangan lupa.
jangan tinggal walau sekali pun
selagi mampu buat sila buat k.
quran pun sama.
ingat pesan tobey..
baca quran tu.
insyaAllah..
ameen...

Wednesday, January 28, 2009

usual routine during school break

going out to putrajaya with my besties just now. we were roaming around putrajaya like crazy just to find an exclusive but cheap restaurant for dinner :P

finally i remembered one restaurant that i used to go with my family and ex bf long ago. so i asked nisa to drove us there. went we entered the restaurant suddenly one of my friends shout "nak makan apa kat sini?" and then followed by "tak mahal ke weii?!" haha~

when we looked at the menu the price was not bad at all. normal chicken chop cost about rm15++ only.


riena and nisa chose mushroom chicken chop


maryland chicken chop eaten by ckin


while me oxtail stew with mashed potatoes


sarina chose black pepper chicken chop but im sorry i forgot to ask her to snap the photo. bad me! how could i forget u ina :/

after dinner we went to this place called 'pusat sukan putrajaya' to taking pictures but after we arrived there, there is a policeman who watched us like we did something wrong. gosh!

so we changed our destination and 'lepak' at jambatan putrajaya which is really famous for dating~

here are some random pictures that have been taken :D


odw to putrajaya


~the food look tempting kan?


kelab tasik putrajaya lobby


celebrity wearing shades :P


one of my fav. picture now!


:D


the light within us


what more can i say? i just love them~


ckin.sarina.nadia.riena.niesa

Tuesday, January 27, 2009

aku bukanlah siapa-siapa

aku pun tak sure pesal malam ni aku sayu sangat.. perasaan bercampur baur. geram marah sedih suka kecewa sayang semua ada. tapi yang aku pasti sejak ogos lepas memang tak pernah ada rasa gembira dalam hati aku. if ada pun sebab nak cover. almaklum la bagi sesiapa yang kenal rapat dengan aku sebenarnya aku ni tak suka nak tunjuk2 perasaan. sebaik mungkin aku akan simpan dan kalau nak curah pun dengan orang2 tertentu je.

aku lebih senang share/kongsi cerita dengan orang yang aku tak kenal. atleast aku boleh berlaku jujur dan cerita semua benda yang aku rasa. takde la aku nak malu ke apa kan. yela sebab tak kenal. peduli apa aku. pada sesiapa yang berkenaan dan kalau tak suka or boring silalah berlaku jujur okey! hahahhaha~

aku bukan taknak cite ngan kawan. tapi dulu aku dah pernah kena. bila aku cite ngan kawan baik aku. boleh plak dia g cite kat bf aku. bajet konon memberi infomasi laaa. padahal dia syok kat bf aku sebenarnya! sampaikan bede yang aku tak cite pon dia plak bole tambah2. mmg babik la. fakk btol!!!

tapi tu cerita lain dan yang penting kwn baik aku tu tak kaple pon ngan bf aku. harharhar (padan muke ko!)

hari tu aku terserempak dengan ex bf aku ngan awek dia. yang sengalnya boleh pulak nak buat mcm tak nampak. tapi sangat la tak logik. so aku pon buat bodo jela. last2 ex bf aku patah balik dtg jupe aku. time tu aku jalan ngan senior aku. ex aku mati2 ingat tu bf aku. dua2 yg bajet konon gentleman bole borak2 salam. mcm sesi perkenalan diri pulak. yg gf ex bf aku bkn nak ikot sekali. bole tunggu buat bodo masam2 muke. pe ingat ko cantik sgt ke?! mmg glabah~

ehh. sebelum aku terlupa.. jumaat ni ain kahwin. selamat dah sorang kawan baik aku. cepat betol jodoh ko ek! jeles aku. tapi pape pon aku doakan ko bahagia. semoga apa yg ko pilih ni adalah pilihan yang tepat. yg penting main masak2, kahwin2 time kecik dulu boleh la ko praktikkan. hihi. jgn aku ikot ko skali nangis time lepas akad nikah nanti dah!

ainnn. ni je hadiah yang aku mampu bagi kat ko.
(utk aku sebenarnya :P)


aku boleh menjadi
raja yang paling ditakuti
aku boleh taklukkan
segala bangsa didunia
tapi apa ertinya bila kau tak cinta

apa ertinya dunia yang boleh kugenggam
bila tak ada cinta darimu untukku

aku bukanlah siapa siapa
bila tak ada cinta darimu untukku

aku boleh melayang
terbang di atas awan awan
aku boleh selami
palung terdalam di dunia
tapi apa ertinya
bila kau tak cinta

sila la baca kat laki ko kalau dia buat hal! hoho. ku bilang kalau. kalau k! jangan kata aku doa dia buat hal pulak nanti.

ps, RINDU pada CINTA... Ada Apa Dgn CINTA... sabarlah... Insyaallah Nur Qaseh itu akan hadir walaupun sekian lama menabur kasih... Jika dikau jodoh ku... Kau akan kekal jodoh ku... Amin... >>> antara ayat2 abg hafiz :)

Saturday, January 24, 2009

Proximidade Award

I have been given a Proximidade Award by Anne:



thanks anne!!!
hope we can spend more time like we always do in ask before :)
i really miss those time esp when we always practicing piano and violin together!
good luck for your peta this year.
i wish i could watch your concert but i know i cant and im sure u too know why right..


The award comes with a message...


This blog invests and believes the PROXIMITY - nearness in space, time and relationships! These blogs are exceedingly charming.
These kind bloggers aim to find and be friends.
They are not interested in prizes or self-aggrandizement.
Our hope is that when the ribbons of these prizes are cut, even more friendships are propagated. Please give more attention to these writers!
Deliver this award to eight bloggers who must choose eight more and include this cleverly-written text into the body of their award.

And here are the 8 great people that deserves this award.

1. Baya
3. Aimi
4. Lynn
5. Gra
6. Alia
7. Lala

Thursday, January 22, 2009

perempuan punya cerita

kalau ke indonesia, memang wajib pergi kedai muzik. sebab utamanya cd ori di sana tersangatlah murah dan yang kedua ada cd2 yang aku nak tak ada di kl. sambil aku belek2 cd, aku tanya sorang minah ni:

nadia: disini cerita apa yang bagus?
minah: kalau filem udah tentunya perempuan punya cerita.
nadia: ada ngak dvdnya?
minah: bentar ya..

dia pass kat aku dvd ni. aku baca sinopsis dia menarik gak. banyak gak award yang filem ni menang kat overseas. selain perempuan punya cerita (ppc) dia tunjuk kat aku filem ayat-ayat cinta, tapi aku cakap kat dia filem tu dah habis meletup kat malaysia. kat tv3 pun dah ditayangkan. terkejut juga la minah tu dengar.

tanpa banyak soal aku pun beli dvd ni, selain ppc aku beli dvd mengaku rasul. ceritanya tentang ajaran sesat.. nanti aku tulis reviewnya kalau rajin.




ppc adalah antologi 4 filem pendek mengisahkan kehidupan perempuan2 biasa dengan pengalaman yang luar biasa. kesemua pengarah filem ini adalah perempuan :)

1. cerita pulau:

kisah seorang bidan (sumatri) yang terlampau mengambil berat tentang kesihatan ibu & anak2 di kawasan kampungnya sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. satu malam wulan (gadis cacat) kena rogol dengan budak2 kampung (gersang betul. orang cacat pun nak rogol!!).

wulan didapati mengadung. tetapi mengenangkan yang wulan ni cacat dan tak boleh nak jaga anak (jaga diri sendiri pun tak dapat), sumatri buat keputusan menggugurkan kandungan wulan. selepas abortion sumantri pindah ke jakarta sebab nak merawat sakit kansernya yang dah pun kat tahap 3.

2. cerita yogyakarta:

antara keempat-empat cerita, ini paling menarik. mengenai safina dan kawan2nya yang masih bersekolah menengah. kerana teknologi sekarang yang sangat canggih (porn bersepah2), diorang ni semua gila sex dan melakukan eksperimen dengan kawan2 sendiri tanpa pengetahuan yang lengkap dan akibatnya.

safina yang kononnya bajet baik, akhirnya tumpas di seorang wartawan yang tengah cari bahan untuk tulisannya yang menyamar sebagai mahasiswa di jakarta.

bagi akulah, aku tak salahkan jay anwar (wartawan). dah safina ni yang gatal, pergi serahkan diri memang patot la kena main. lelaki mana la yang tak tolak kalau perempuan sendiri yang datang menggoda. last2 menyesal sebab jay anwar ni permainkan dia..

3. cerita cibinong:

esi seorang tukang cuci di kelab dangdut (tobey mesti suka) bekerja keras untuk membesarkan anaknya yang masih bersekolah. esi ni janda & bercinta dengan seorang jobless.

pada suatu malam esi pulang awal dari tempat kerjanya dan dia dapati anak dia tengah blowjob bf dia secara paksaan! (siyal betul jantan ni). esi mengamuk & anak dia pukul jantan tu sampai pengsan dan diorg lari dari rumah.

esi diselamatkan oleh primadona kelab marem malek (kelab dangdut tempat dia bekerja). dia sangka hidup dia selamat tapi rupa2nya lagi malang sebab anak dia kena jual dan berkahwin dengan orang taiwan.

4. cerita jakarta:

filem ini ditutup dengan kisah seorang janda beranak satu yang kematian suami kerana hiv/aids. dalam suasana berduka, dia kena terima kenyataan yang dia pun dijangkiti. keluarga mertua dia pulak tuduh dia yang bawa penyakit & berkeras nak rampas anak dia.

dalam keadaan sakit dia lari membawa anaknya dan pindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. akhirnya dia terpaksa memikirkan masa depan anaknya dengan memberikan hak jagaan kepada keluarga arwah suaminya tanpa pengetahuan anaknya.

keempat-empat filem pendek ni bagi aku biasa je. tapi mungkin sebab gaya penceritaan dia yang menarik dan menggunakan khidmat2 pelakon popular sebab tu cerita ni meletup. tapi aku tetap bagi 4 bintang sebab semua pengarah perempuan ni berani mengangkat hal yang jarang ditonjolkan seperti kekerasan dan seks yang memang menjadi realiti dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Tuesday, January 20, 2009

macam-macam

17/1/09

sms dari abah:

MENGAPA TEL BANYAK KALI TAK DAPAT? DATUK WAN FARID KALAH DI KUALA TERENGGANU

sejujurnya kami sekeluarga memang tak pelik dan tak heran pon.
awal2 lagi dah tahu memang kalah..

ps, bukan taknak angkat. tapi tak perasan, sibuk shopping~
sorryyyyy


15/1/09:

hari malangggg
hilang luggage kat airport jakarta.
macam siyal!
100% kena beli baru.
dari berus gigi sampai la ke seluar dalam.


19/1/09:

staff airasia call kata jumpa bag.
bag aku hari tu tertinggal kat lcct
diorg lupa letak tag
aku pon mcm :) la kan.
pergi la kaunter airasia kat airport jakarta
memang betul bag aku.
tapi bila check perfume aku hilang~
kurang ajar betul orang yang curi tu
dah la aku baru pakai 2/3 kali
nampak sangat staff tak guna
MEMANG AKU SUMPAH PERFUME TU BAU BUSUK!!!


sepanjang di jakarta & bandung tiada apa yang menarik pon. mungkin sebab indonesia & singapore dah jadi rumah no 2 aku kot. dah berapa kali aku pergi sana pon aku tak ingat. selalu sangatttt. shopping di singapore & bandung memang acara tahunan! bulan 12 tahun ni confirm pergi lagi.

Thursday, January 15, 2009

masa utk shoppingggggg!

yeay!
lagi 2jam flight ke bandung
and jakarta on saturday pulok~
^_^

Wednesday, January 14, 2009

mwahxxx~

with my so called bf!

u know who u are
ngehnegehnegehenegehnegeh

love you!

Tuesday, January 13, 2009

fav song of the month!

AKAN TIBA

video

this song is absolutely wonderful
punya rasa punya jiwa
gosh! i just love jazz
bravo amylea~


ps, dah la u. cukup la. mmg i sayang kat. tapi tu dulu k. i pon sihat hidup tanpa u. tak perlu la u nak call2. nak jupe2 nak ngadu2 kat i yg hidup u tak sempurna la. takde org lain yg bole layan u mcm i layan la. itu la. ini la. biasa la manusiakan. mana pernah sedar. dah takde baru nak nyesal. i bukan tak nak bagi peluang kat u tapi i rasa dah cukup sangat selama ni i syg u bagai nak mati. so lepas ni biarla i sayang org lain plakkan. i pun takde nak marah2 kat sape2 dah. so plssss respect keputusan i

Monday, January 12, 2009

tersentuh..

pagi tadi memang buat aku insaf. dah la aku baru baca pasal palestin/gaza (kita yang aman damai ni berdoa la utk mereka!). lepas tu tiba2 aku buzz sorang kawan ngadu dgn dia pasal aku bosan tahap gaban. tapi last2 kena ceramah plak :D
dalam hidup aku dia lelaki kedua yang tegur/nasihatkan aku macam tu. walaupun ayat dia biasa tapi sangat bermakna bagi aku.

aku memang tak boleh kalau orang tegur aku dengan cara yang lembut tanpa marah-marah atau tengking. mesti aku tersentuh, mula la rasa sedih2 nak nangis. macam satu nasihat yang sangat ikhlas (tak tahu la kalau dia tak ikhlaskan) tapi tak kisah la, aku tetap terima kata2 tu sebagai satu nasihat yang paling berguna.

teringat kata2 mak aku dulu.. "nak cari kawan tu biar yang baik yang boleh bimbing kita. bukan yang menghancurkan kita.. yang merosakkan kita..."

teringat juga kata2 raja ahmad zharif (kawan lelaki aku yang paling baik & rapat! bestfriend aku dari dulu sampai sekarang).

antara ayat dia.. "kenapa allah ciptakan orang baik dan orang kurang baik?, supaya orang yang baik/pasangan yang baik itu boleh membimbing orang/pasangan yang kurang baik"

simple je ayat raja, tapi setiap kali dia nasihatkan/tegur aku mesti aku tenang. even walaupun aku tengah marah2 time tu. raja cool mantain je :)

raja juga merangkap macgyver aku. semua benda yang tak boleh aku selesaikan sendiri mesti dia tolong. dia pun tak pernah jemu nak tolong dan tak pernah bising2. maklum la rumah aku ni tak ada lelaki. so kalau lampu rosak ke, meletup ke memang aku tak tahu macam mana nak repair. so terpaksa la gunakan khidmat raja.

raja pun tak pernah kisah kalau orang gossipkan kami ke ejek kami ke apa. sebab dari sekolah dulu memang orang selalu cakap kami couple. sampai cikgu pun kata benda yang sama. aku & raja kalau dengar mesti nak tergelak. penat aku explain kat orang pasal status kami, tapi orang still tak percaya. lantak la kan raja. janji kita tahu hubungan kita, kedudukkan kita. kata2 orang lain tu tak perlu ambik kisah pun. janji awak & saya tetap kawan baik sampai bila2!

raja saya harap friendship kita akan kekal selamanya. saya bersyukur sangat selama kita berkawan ni. saya hargai sangat bila awak tak pernah ambik kisah pasal orang2 yang selalu cakap pasal kita, yang selalu ejek2 kita. awak tak pernah hirau atau malu pun dengan kata2 orangkan. sebagai kawan saya sayang awak sangat! saya harap awak sentiasa sihat, berjaya & dipertemukan jodoh dengan orang yang baik2 sama macam awak juga.. ameen :)

ps, tq juga pada shazwan halamy sebab penah rapat dgn aku dulu. tapi sekarang tidak lagi kerana sebab2 tertentu. apa2 pon selama kita berkawan aku akan kenang zaman dengan budak2 serdang, abg boy & kak zureen sampai bila2. nampaknya kata2 'friendship forever' pada kad yang pernah ko bagi kat aku dulu tak kekal la kan..

Sunday, January 11, 2009

superrr bored!

copy and paste from zira ;)

1.How old will you be in 3 years?
. 25

2. Do you think you'll be married by then?
. hope so (:

3. What do you look forward to most in the next 2 months?
. new car in perth~

4. Who was the last person you called?
. fae

5. Have you ever played a team sport?
. yup

6. Who was the last person to text you?
. alin

7. Who was the last person you hugged?
. fae

8. What were you doing at midnight last night?
. sleepingggg

9. Parents separated/divorced/married?
. married

10. Last time you saw your dad?
. last 2weeks. erkk

11. What happened at 11:00 a.m. today?
. still sleeping.

12. How many states have you visited?
. in Malaysia?! all except perlis

13. If you could be anywhere right now, where would it be?
. bali

14. Do you prefer shoes, socks, or bare feet?
. bare feet

15. What was the last thing you drank?
. never

16. Favorite ice cream flavour?
. pistachio almond-basket robbins

17. Would you rather kiss someone with or without a tongue ring?
. depends

18. Whats so good about Fridays?
. nothing

19. Any plans for this week?
. going to bandung & jakarta
^_^

20. Do you keep a piggy bank?
. yeah but not piggy

21. Do you prefer an ocean or a pool?
. of course oceannnn

22. Do you prefer a window seat or an aisle seat?
. depends

23. What is your favorite thing to spend money on?
. shopping!

24. Can you roll your tounge?
. nope

25. Do you sleep with stuffed animals?
. yeah! my badak~

26. What is the color of your bedroom wall?
. purple, red, yellow & green
plus blue for door ;)

27. Do you wear any jewelry?
. no

28.Do you shut off the water when you brush your teeth?
. no

29. Have you ever been in an ambulance?
. no

30.Do you currently hate someone?
. not anymore!

Thursday, January 8, 2009

sup tulang merah malaysia~

dalam proses:


kena rebus dulu dengan hirisan halia selama 2 jam
supaya daging empuk & tak liat :)



hampir siap!
perlu kacau, kacau dan kacau

dah siap:


yeay! bersedia untuk makan~
i letak sayur kubis dalam tu
so jadilah vege skit. hehe :D

tobey:

i masak sup ni khas untuk u.. tapi since u takde i makankan laaa.
^_^


ps, aku pantang betullah kalau pompuan call aku maki2 cakap jangan kacau bf orang! bodo betul! patut korang marah bf korang dulu. bukan maki aku. sengal!!! yang bf korang gatal2 ngan aku cakap takde gf sape suruh! ingat aku hadap sangat ke kat laki korang hah?!!!! aku berkawan baik dengan semua orang k. so yang jantan2 tu jangan nak perasan!

Wednesday, January 7, 2009

my only tobey maguire and a good looking guy :P

1) Do you think you're hot?

Muhammad Daniel Arieyan is absolutely HOT!
kan tobey :)

2) Upload your favorite picture of you!


3) Why do you like that picture?
because i love them sooooooooo MUCH!

4) When was the last time you ate pizza?
last dec in singapore at kak ana's house.

5) The last song you listened to?
kasih by hetty koes endang.

6) What are you doing right now besides this?
typing.

7) What name would you prefer besides yours?
none.

People To Tag?
  1. baya
  2. hareez
  3. syafiq
  4. hizami
  5. sabrina
8) Who is number one?
my bbf!

9) Number three is having a relationship with?
no one i guess.

10) Say something about number five?
my best 'cyber' friend!

11) How about number four?
he's so sweeeeettttttttttttttttt~

12) Who is number two?
my cousin.

Monday, January 5, 2009

new year new smell!

went to metrojaya midvalley to bought this:

i just love my new perfume~
unforgivable woman by sean john


>>> dah lebih 10 kali aku tengok cerita muallaf. tapi aku confused dengan apa yang yasmin ahmad cuba nak sampaikan. dia nak sama ratakan agama ke or dia nak bagitahu yang agama islam ni tak kejam and boleh terima agama lain atau ceritanya just berkaitan seperti dalam sinopsis semata-mata. tapi kenapa nak kena pakai quotes agama lain.. surah dalam quran tak cukup agaknya.

ini antara quotes yang disebut (some are in quran & some are not):

"give me chastity and continence, but not yet"

"blessed are they that mourned, for they shall be comforted"

"the Valley Spirit never dies. It is named the Mysterious Female"

"true words are not fine-sounding, find-sounding words are not true"

"seest thou not how thy Lord dealt with the companions of the elephants?"

"Those who believe in the Koran, and those who follow the Jewish scriptures and the Christians and the Sabians and in fact those who believe in the one God and the Last Day, and live a righteous life shall have reward with their Lord."

"And they need not fear nor grieve"

"O ye who believe! Approach not prayers with a mind befogged, until ye fully understand what ye say"

"there was something formless yet complete, that existed before heaven and earth"


and ada lagi la beberapa quotes. kalau aku tulis semua kat sini kang yasmin ahmad marah pulak. so nanti bila cerita ni kuar kat dvd or youtube korang bolehlah tengok ek.

sebelum tu, rohani (amani) kata saint augustine sincere and funny. korang rasa?

ni sinopsis dia,

Two Malaysian sisters, Rohani and Rohana, run away from home to escape their wealthy father’s mistreatment. They find refuge in a small town where they get to know Brian Goh, a young Catholic schoolteacher. Brian is irresistibly attracted to the two girls. Impressed by their extraordinary courage in the face of adversity, their relationship forces him to confront the ghosts of his own childhood. Director Yasmin Ahmad explores the possibilities of emotional survival after being traumatised by loved ones. Through the wanderings of three lost souls who band together and console one another, Muallaf celebrates friendship, forgiveness, and the coming to terms with the past.

antara yang aku tak puas hati:

-bila amani ngan adik dia baca quotes dlm bahasa inggeris punya la kuat and lantang. tapi bila time berselawat tunggang terbalik. time baca surah Al-Baqarah ayat 2:286 pon sama. kenapa la nak kena pasang music latar time amani tu ngaji. salah ke kalau diperdengarkan suaranya?!

-kenapa la nak kena letak anjing dalam cerita ni. perlu ke anjing dan perlu ke tunjuk adegan orang islam minum beer? kang orang kafir tengok dah confuse. (yang aku perasan dalam cerita yasmin ahmad mesti kena ada anjing)

-lepas tu kononnya haram sentuh anjing tapi minum beer.

-cikgu dia tu dibesarkan kat mana. sampaikan nak masuk rumah orang melayu pon tak reti nak buka kasut. mat saleh dah lebih 10 orang duduk rumah aku pandai je diorg buka kasut sendiri bila masuk rumah. tak payah suruh pon.


sebelum cerita ni kuar pon dah kecoh bila amani botak. macam2 orang comment. then bile cerita ni kena banned lagi la kecoh. pada pandangan aku cerita tak perlu kena banned kot. biar orang ramai tengok supaya banyak lagi comment2 yang boleh didengar..


btw thanks djambu. bile u post entry pasal rapik tu baru i teringat yang i tak pernah post lagi pape pasal muallaf



betulkan aku kalau ada apa2 yang salah.

Friday, January 2, 2009

to bbf:

happy birthday nurbaya bt azlan!!

u know i love u
friend 4 ever babe
xoxo~

Thursday, January 1, 2009

selamat datang 2009!

tinggalkan kenangan yang lama.
yang berlaku biarkan berlalu.
kehidupan yang akan datang itu yang harus dilalui!

1. berjaya dan cemerlang dalam hidup
2. menjadi manusia sesempurna mungkin
3. to be blessing by everyone

ingat nadia, "tidak pernah ada rasa yang tidak rasa sakit" kata dr. haryani secara tiba-tiba sebelum aku keluar dari pejabatnya di u.m pada petang 31 december 2008.

*pada sesiapa yang faham akan maksud itu sila sampaikan :)

btw,




HAPPY NEW YEAR EVERYBODY!!!
let's challenge the world together